PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 02.07.2008
SOALAN :
TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan dalam meningkatkan taraf jalan raya di jalan pintas Muar, (jambatan ke-2 Muar)mengapa terdapat banyak lampu isyarat dan jalan raya tidak rata sepanjang jalan. Tidakkah ini menyusah dan membahayakan pemandu. Jika ya,apa tindakan yang akan diambil dan bilakah masalah ini dapat diselesaikan.
JAWAPAN:
Tuan yang dipertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, projek Jalan Pintas Bandar Muar ini telah siap pada 27 september 2005. Kerajaan mengambil maklum atas kesulitan yang dialami oleh penduduk setempat disebabkan oleh persimpangan lampu isyarat yang terlalu banyak dan jalan raya yang tidak rata disepanjang jalan.
Untuk makluman ahli yang berhormat, persimpangan lampu isyarat yang terlalu banyak adalah kerana mengambilkira persimpangan-persimpangan ke kawasan penduduk setempat. Cadangan untuk menaiktaraf perslmpangan lampu isyarat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana peruntukan projek yang terhad pada ketika itu. Kerajaan akan mengaji semula keperluan menaiktaraf persimpangan lampu isyarat tersebut dan peruntukan akan dipohon dalam rancangan malaysia akan datang.
Bagi masalah jalan raya tidak rata, pihak kerajaan telah mengeluarkan surat-surat pengingatan kepada pihak kontraktor tetuan Ranhill Corporation SDN.BHD. untuk membuat kerja-kerja pembaikan secara kekal.
pihak kontraktor telah berjanji akan menyiapkan kerja-kerja pembaikan tersebut pada akhir bulan ogos ini. sekiranya pihak kontraktor didapati gagal dalam mengambil tindakan pembaikan, kerajaan akan melantik pihak ketiga untuk membaiki kecacatan tersebut dan kos membaiki akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor tersebut termasuk 'on cost charges' sebanyak 10% (samada ditolak dari baki wang kontraktor atau dari jaminan bank atau sebagai suatu tuntutan wang tertentu).
No comments:
Post a Comment