TARIKH : 3 OKTOBER 2012 (RABU)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 12
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan mengenai pembaikpulihan Kolam Renang Muar. Adakah rundingan telah dijalankan di antara Kementerian dan Majlis Perbandaran Muar. Jika ya, apakah keputusan? Jika tidak, mengapa? .
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat, Kolam Renang Muar adalah di bawah Majlis Perbandaran Muar dan ia tertaklu kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan perlu dirujuk kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dan bukan secara terus kepada Kementerian Belia dan Sukan.
No comments:
Post a Comment