2012-10-02

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 1 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 37

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk mangatasi kenaikan kos yang dihadapi oleh penghasil telur ayam dipunca oleh kenaikan harga kacang soya dan jagung dari Amerika Syarikat. Senaraikan penolongan dari Kerajaan kepada peternak ayam skala kecil dan sederhana dari 2001 ke 2011.



JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menangani kenaikan kos yang dihadapi oleh penternak ayam penelur tempatan, Kerajaan telah mengambil pendekatan meningkatkan aspek kecekapan pengurusan penternakan dan produktiviti. Antara pendekatan yang diberi tumpuan meliputi:

(i)   kaedah penternakan ayam secara reban tertutup      


(ii)  amalan sistem penternakan menggunakan sistem Amalan Penternakan Yang Baik
      (Good Animal Husbandry Practices - GAHP)

   
(iii) meningkatkan usaha kawalan penyakit ayam seperti Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI),
       Newcastle Disease (sampar ayam) dan lain-lain; dan

(iv) penggunaan automasi dalam aktiviti penternakan ayam penelur. Sebagai contoh menggunakan
       mesin pengumpulan penggredan telur.

Kenaikan kos akibat daripada kenaikan harga kacang soya dan jagung sebagai bahan makanan ternakan boleh diimbangi melalui peningkatan dalam produktiviti ternakan di mana pembesaran ternakan dapat dipertingkat dan dipercepatkan dengan menggunakan kaedah cooling system dan tunnel ventilation dalam sistem penternakan ayam penelur secara reban tertutup.

Kerajaan telah melaksanakan aktiviti regulatori dari aspek kawalan penyakit dan intervensi bagi mengawal harga dan memastikan bekalan telur dalam negara mencukupi untuk kegunaan rakyat. Bantuan yang disediakan Kerajaan kepada penternak ayam berskala kecil dan sederhana adalah seperti:

(a) pemberian elaun pelaburan semula di bawah Jadual A, Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi
     penternak ayam/itik yang membuat pelaburan semula menukarkan sistem reban ayam terbuka
     kepada sistem ayam reban tertutup pada tahun 2003 hingga tahun 2010. Kerajaan Persekutuan
     telah memperuntukkan sebanyak RM595 juta nilai pelaburan sebagai insentif penternak ayam.
     Sebanyak 46 syarikat penternak ayam di seluruh negara telah menerima manfaat daripada
     perlaksanaan insentif ini;

(b) Program Bumi Hijau (2008-2010) melalui pembekalan anak ayam, makanan dan peralatan
      melibatkan seramai 20,565 orang peserta melibatkan perbelanjaan Kerajaan sebanyak RM 9.6
      juta; dan

(c) pemberian insentif pengeluaran di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan (2008-2010)
      sejumlah RM230 juta melibatkan seramai 8,394 orang termasuk penternak ayam penelur.

No comments:

Post a Comment