2012-09-24

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 24

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan adakah jumlah pelepasan CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia. Jika ya, bagaimana Kerajaan dapat mencapai kadar pengurangan pelepasan CO2 ke 40% seperti yang dicadangkan pada 2009.



JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia adalah dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Kemnetrian Sumber Asli dan Aalam Sekitar telah merangka roadmap jangka masa pendek dan jangka masa panjang ke arah pegurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas - GHG) berdasarkan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK atau GDP) sehingga 40% berbanding tahun 2005 menjelang tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment