PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 27
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan berapakah pelepasan CO2 dalam unik tan metrik per kapita dan kg per PPP US$ of GDP dari 2009 hingga 2011 untuk Malaysia and juga zon-zon industri di:.
a) Kertih, Terengganu
b) Gebeng, Pahang
c) Pasir Gudang-Tanjung Langsat, Johor.
JAWAPAN:
Tuan Yang Diperua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhotmat, daripada inventori gas rumah hijau (greenhouses gas - GHG) negara, pelepasan CO2 dalam unti tan metrik per kapita pada tahun 1994 adalah 7.2 tan karbon dioksida setara per kapital (CO2eq/capita). manalakla pada tahun 2000 adalah 9.5 tan CO2eq/capita.
Intensiti pelepasan GHG berdasarkan GDP pula adalah 0.55 tan karbon dioksida setara per GDP (tan CO2rq/ribu ringgit GDP) pada tahun 1994 dan 0.62 tan CO2eq/ribu ringgit GDP pada tahun 2000. Maklumat-maklumat ini terkandung di dalam Laporan Komunikasi Kebangsaan Kedua kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeni Perubahan Iklim (UNFCCC(.
Bagi tempoh tahun 2000 hingga 2005, intensiti pelepasan GHG berdasarkan GDP tidak banyak berubah. Walau bagaimanpun, menjelangkan tahun 2007, intensiti pelepasan GHG berdasarkah GDP mencapai 0.58 tan CO2eq/ribu ringgit GDP. Maklumat lanjut mengenai pelepasan GHG selepas tahun 2000 sedang dikutip dalam proses penyediaan Laporan Komunikasi Kebangsaan Ketiga.
Dalam mengira CO2 per kapita, Kemneterian mengira pelepasan seluruh negera dan tidak mengikut zon industri.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment