2012-08-30
PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUABELAS (SEPT, 2012)
1) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan berapakah pelepasan CO2 dalam unik tan metrik per kapita dan kg per PPP US$ of GDP dari 2009 hingga 2011 untuk Malaysia and juga zon-zon industri di:.
a) Kertih, Terengganu
b) Gebeng, Pahang
c) Pasir Gudang-Tanjung Langsat, Johor. (2012/09/24)
2) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan adakah jumlah pelepasan CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia. Jika ya, bagaimana Kerajaan dapat mencapai kadar pengurangan pelepasan CO2 ke 40% seperti yang dicadangkan pada 2009. (2012/09/24)
3) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan dibawah progam 1Bestari.
a) Senaraikan sekolah-sekolah yang terlibat..
b) Adakah kaji sedilik telah dijalankan kepada PIBG dari sekolah-sekolah yang terlibat.
c) Adakah YES4G dibenar menggunakan fasiliti yang dibina oleh mereka dalam kampus sekolah untuk tujuan komersial. Jika ya, mengapa? (2012/09/25)
4) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyelesaikan ketiadaan pengangkutan awam di Kawasan Bukit Naning. (2012/09/26)
5) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan kepada setiap daerah di Malaysia untuk mengatasi masalah banjir dari 2009 ke 2012. Senaraikan projek-projek berkaitan dengan isu tersebut yang sudah siap dan akan dilaksanakan di Dearah Muar dari 2009 ke 2012. (2012/09/27)
6) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk mangatasi kenaikan kos yang dihadapi oleh penghasil telur ayam dipunca oleh kenaikan harga kacang soya dan jagung dari Amerika Syarikat. Senaraikan penolongan dari Kerajaan kepada peternak ayam skala kecil dan sederhana dari 2001 ke 2011. (2012/10/01)
7) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi isu sekatan eksport sarang burung walet.
a) Senaraikan kertas-kertas perjanjian diantara China dan Karajaan mengenai isu kandungan nitrit mengikut tarikh tandatangan dan penandatangan-penandatangan yang terlibat.
b) Mengapa Pengeksportan sarang burung walet hanya ditetapkan kepada 7 syarikat. (2012/10/02)
8) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan mengenai pembaikpulihan Kolam Renang Muar. Adakah rundingan telah dijalankan di antara Kementerian dan Majlis Perbandaran Muar. Jika ya, apakah keputusan? Jika tidak, mengapa? (2012/09/03)
9) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan jumlah pekebun sayur yang sewa tanah untuk kegiatan penanaman sayur di seluruh negara mengikut pecahan:
a) negeri
b) kaum
dari 2001 hingga 2011. Apakah langkah-langkah untuk mangatasi masalah tersebut. (2012/10/04)
10) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan untuk memasang tiang lampu di sepanjang Pintasan Muar. Jika ya:
a) Berapakah peruntukan yang terlibat
b) Bilakah pemasangan lampu akan dilaksanakan.
Jika tidak, mengapa? (2012/10/08)
Soalan Bertulis:
1) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pekerja di setiap kementerian mengikut pecahan:
a) Kakaitangan tetap dan kontrak
b) Kaum dan bangsa
c) negeri
dari 2009 ke 2012.
2) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENGAJIAAN TANGGI menyatakan jumlah institut-insitut pendidikan tempatan yang mempunyai cawangan di negera asing. Senaraikan nama institut, negara dan tarikh cawangan tersebut disediakan.
3) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan di setiap kementerian yang mempunyai kalayakan Doktor Falsafah. Senaraikan angka tersebut dengan pecahan Doktor Falsafah yang diperolehi dari Universiti tempatan dan negara asing.
4) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan di Unik Perancang Ekonomi. Senaraikan mengikut pecahan negeri, kaum dan pebelanjaan yang terlibat untuk setiap UPE peringkat negeri. Senaraikan jumlah kakitangan di setiap UPE negeri yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah dengan pecahan Doktor Falsafah yang diperolehi dari Universiti tempatan dan negara asing.
5) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis bantuan dan polis biasa di negara kita. Senaraikan angka tersebut mingikut pecahan negeri dari 2001 hingga 2012. Senaraikan jumlah sektor swasta yang menggunakan perkhidmatan polis bantuan dan jumlah bayaran yang diterima oleh PDRM dari 2001 hingga 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment