2010-10-18

Y.B. Bakri cuba menbangkitkan satu usual dibawah P.M. 18(1) tetepi ditolak

DR. 18.10.2010 MS30

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Peraturan Mesyuarat 18. Peraturan Mesyuarat.

Seorang Ahli: Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Peraturan Mesyuarat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri,Peraturan Mesyuarat berapa?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: 18(1).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang ke berapa Yang Berhormat Bakri?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Peraturan Mesyuarat 18(1). Usul yang saya kemukakan insiden kemalangan jalan raya ngeri yang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...melibatkan bas ekspres, dicadangkan satu suruhanjaya diraja yang berkecuali perlu di..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat membaca usul.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, usul Yang Berhormat telah pun ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan dalam Kamar,...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya, tetapi saya rasa ini yang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...dalam Kamar.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Apabila sesuatu usul yang telah ditolak di dalam Kamar mengikut perkara 18(8) ia tidak boleh dibaca dalam Dewan.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Namun saya rasa ini sangat penting.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat Bakri. If I allow you, saya akan melanggar Peraturan 18(8) ini. Yang Berhormat buat statement kat luarlah perkara itu.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak apa.

No comments:

Post a Comment