2010-10-07

Kenyataan: Penyebaran Berita Palsu Oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6o3-f5TFKO7YUFCnrDLjGvmEwrbMY7_HHPbNUdQfI1XPllnF6OZepqSf4eno6j2yGlAvcdMeRw2evfoNZib-IlFWmRcgjVpjZ3_pktHOqGozud4mCjvFRq_nHFFXdH-0tjkPO0-qoMt-e/s1600/PA060016.jpg
YB Er bersama dengan asisten Lim Peng membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu

Pada pertengahan bulan Ogos 2010 yang lepas, saya telah membongkarkan dalam sidang akhbar bahawa pemohon Tabung Amanah Warisan Polis telah dikenakan komisen. Hal ini kerana saya telah menerima aduan daripada seorang mangsa yang telah dikenakan komisen ketika menerima RM1000 daripada Tabung Amanah Warisan Polis. Saya ingin mengingkatkan semua pemohon supaya tidak lagi ditipu oleh sindiket yang sama.

Setiausaha kepada persatuan bekas polis (PBPM) Mohammad Kassim telah mendapatkan maklumat terperinci daripada saya atas arahan daripada Kementerian Dalam Negeri. Saya telah memberikan segala maklumat yang berkaitan kepadanya untuk melicinkan penyiasatan kes tersebut oleh kementerian supaya mengemalikan keadilan kepada mangsa. Tetapi pada 10 Jun 2010, saya telah menerima pesanan rinkas (SMS) bahawa warga emas yang berumur 50 dan ke atas akan diberikan wang ehsan sebanyak RM1000 dan
pendaftarannya boleh dibuat di pejabat DAP YB Er Teck Hua. Selain itu, saya juga menerima panggilan dan orang ramai yang datang ke pejabat perkhidmatan saya untuk memohon "dana" tersebut. Mereka yang datang telah mengaitkan penyebaran berita palsu ini dengan orang yang sama dalam kes penipuan komisen ke atas pemohon Tabung Amanah Warisan Polis.

Saya berpendapat pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak berasas ini sebagai tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat. Oleh kerana hal ini semakin melampau maka saya telah membuat laporan polis pada hari yang sama dan meminta polis dan MCMC untuk menyiasat mereka yang terlibat supaya mereka boleh dihadap ke
muka keadilan.

Saya tidak menafikan kes penyebaran maklumat palsu ini adalah berkaitan dengan pembongkaran saya lalu iaitu komisen ke atas pemohon tabung. Saya masih menunggu penyiasatan polis dan berharap tiada lagi pemohon yang ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hua
07.10.2010

No comments:

Post a Comment