2010-10-14

Usul mengenai menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kemalangan bus express pada 10 OKT 2010

Tarikh : 14.10.2010
Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia


Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa insiden kemalangan jalanraya ngeri yang melibatkan bus express yang berlaku pada 10/10/2010 petang di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan dengan persimpangan Seremban yang telah mengorbankan 12 nyawa dan 38 orang tercedera.

Kemalangan jalanraya ngeri yang melibatkan bus express yang mengorbankan nyawa orang awam telah terjadi-jadi sejak tahun 2007 sehingga hari ini. Insiden-insiden dan nyawa yang terkorban mengikut tahunan adalah seperti berikut;-

1)Tahun 2007, kemalangan jalanraya mengorbankan 20 nyawa dan 6 orang tercedera.

2)Tahun 2008, 2 insiden, iaitu sebuah bus express telah jatuh ke gaung mengorbankan nyawa 2 orang dan 17 orang tercedera. Satu inside lagi melibatkan bus express terlanggar pokok besar mengorbankan 10 nyawa dan 18 orang cedera.

3)Tahun 2009, 2 insiden, iaitu sebuah bus express terbabas dalam parit mengorbankan 6 nyawa dan 3 orang cedera. Satu insiden lagi berlaku kerana pemandu bawa melebihi had laju dan tergantuk telah mengorbankan 10 nyawa.

Setelah insiden-insiden tersebut berlaku, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah melakukan siasatan dalaman masing-masing, tetapi masih belum mendapatkan satu mekadisma penyelesaian untuk mencegah kemalangan jalanraya yang melibatkan bus express berlaku.

Dicadangkan satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali perlu ditubuhkan untuk menyiasat dan mencari penyelesaian yang menyeluruh yang betul-betul mengutamakan nyawa Rakyat. Usul penangguhan ini perlu dibuka untuk dibahas dalam dewan yang mulia ini oleh ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan masing-masing yang prihatin tidak rela nyawa Rakyat terdedah kepada ancaman kemalangan sebegini.



Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

No comments:

Post a Comment