2010-10-21

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

Ruj Kami: YBM NRE 10/15/17 Jld.2
Tarikh: 21 Oktober 2010

Y.B. Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

Ahli Yang Berhormat,

Per: Pertanyaan Tambahan Yang Dibangkitkan Semasa Sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar Di Dewan Rakyat Pada 12 Julai 2010

Saya dengan hormatnya ingin merujuk kepada pertanyaan tambahan yang dibangkitkan oleh YB di Dewan Rakyat semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar pada 12 Julai 2010.

2. Jawapan bagi 2 pertanyaan tambahan adalah seperti berikut:

i. Siapakah peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen yang dimaksudkan?

Jawapan:

Peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen merupakan mana-mana orang yang telah diberikan lesen di bawah Akta ini sebagaimana kehendak Fasal 9(1) (d) dan (e) setelah permohonannya diluluskan oleh pegawai pelesen Jabatan PERHILITAN negeri (Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah)

9. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seorang pun boleh :-

(d) menjalankan urusan bemiaga;
(e) menjalankan perniagaan taksidermi;

melainkan jika dia memegang suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini."

ii. Adakah mereka dilantik oleh Menteri ataupun Jabatan dan diberi kuasa tunggal dalam bidang jual beli ini?

Jawapan:

Peniaga berlesen atau ahli taksidermi berlesen ini tidak dilantik oleh Menteri dan tidak diberi kuasa tunggal dalam jual beli ini.

Di bawah Akta ini spesies burung yang menghasilkan sarang yang boleh dimakan telah dikeluarkan daripada senarai spesies dilindungi dan keperluan lesen tidak lagi tertakluk di bawah bidang kuasa Akta ini tetapi telah diambil alih oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sekian, terima kasih.


Salam hormat,


DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

No comments:

Post a Comment