2010-10-02

Kenyataan: Mengapa Harus Menubuhkan Lagi Pasukan Tindakan Khas

Menurut pengumuman Pengerusi Majilis Perbandaran Muar (MPM), Yang Dipertua Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan pada 30 Ogos 2010, pihak MPM akan menubuhkan satu pasukan khas iaitu Pasukan Tindakan Khas untuk kerja penyelengaran infrastruktur asas di lebih daripada 250 buah taman perumahan yang kawasan penjagaan MPM. Pekerja daripada MPM telah mengumumkan bahawa usaha itu merupakan salah satu projek yang dirangka oleh kerajaan negeri. Projek ini iaitu penubuhan pasukan tidakan khas akan dilancarkan di 16 buah Majlis Perbandaran yang terletak dalam Johor untuk menyelesaikan masalah awam.

Saya amat bersetuju dengan projek yang dirangka oleh kerajaan negeri Johor ini. Akan tetapi, saya tidak faham mengapa MPM harus

menubuhkan sebuah pasukan tindakan khas. Menurut penerangan daripada wikipedia, task force (pasukan tindakan khas) merupakan satu pasukan atau kumpulan yang ditubuhkan untuk menjalankan sesuatu tugas khas yang diamanahkan kepada mereka (A task force (TF) is a unit or formation established to work on a single defined task or activity).

Harus diingatkan disini, dalam ayat "pasukan atau kumpulan yang ditubuhkan untuk menjalankan sesuatu tugas khas yang diamanahkan kepada mereka", apakah yang dimaksudkan oleh tugas khas yang diamanahkan? Jika merujuk kepada laporan akhbar, maka tugas khas itu boleh ditafsirkan sebagai kerja penyelengaraan masalah awam seperti memotong rumput, membersihkan longkang dan masalah-masalah awam lain.

Persoalannya, bukankah tugas ini telahpun diamanahkan kepada Majlis Perbandaran? sekiranya ia merupakan tugas majlis perbandaran,

mengapa mereka harus menubuhkan satu pasukan lain untuk menjalankan tugas yang bertindih? Sekiranya pasukan itu ditubuhkan adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai, maka dimanakah fungsi MPM?

Masalah awam seperti kerosakan longkang, masalah longkang tersumbat, kerosakan jalanraya dan lampu jalan merupakan kerja penyelenggaraan yang berkala lama dan ini juga merupakan tugas utama majlis perbandaran. Kini, MPM (dan juga 15 buah lagi majlis perbandarana di Johor) telah mengamanahkan tugas ini kepada pasukan tindakan khas yang ditubuhkannya. Adakah MPM sebuah majlis perbandaran yang bertanggungjawab kerana menolak skop kerja mereka kepada pasukan khas tersebut?

Terdapat 24 ahli dalam majlis perbandaran Muar. Setiap ahli ini dibenarkan untuk mengambil dua orang pembantu dan menjadikan jumlahnya kepada 48 orang pembantu. Ahli dan pembantu yang dilantik ini telah ditugaskan untuk menjaga kawasan yang diperuntukkan kepadanya. Ahli dan pembantu bukan terdiri daripada sukarelawan sebaliknya merupakan lantikan kerajaan dan menerima gaji setiap bulan dari kerajaan
persekutuan. Sekirnya penubuhan pasukan tindakan khas adalah untuk menyelesaikan masalah awam sebelum ini, maka adakah hal ini bermakna ahli yang dilantik tersebut tidak menjalankan tugas mereka iaitu memelihara kawasan mereka?

Pembukaan rasmi gotong royong dibatahkan dengan tujuan kejimatan kos dan pertubuhan pasukan khas tersebut membolehkan tugas dijalankan dengan lebih effektif.
. Tetapi penuubuhan pasukan tindakan khas telah menambahkan bilangan pekerja dan adakah hal ini membawa erti bahawa kos yang diperuntukkan turut bertambah?

Sekiranya Yang Dipertua Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan bertegas untuk menyelesaikan masalah sebelum ini, maka izinkan saya

memberikan beberapa cadangan dibawah:

Pertama, sistem/polisi yang tetap, majlis perbandaran harus mengeluarkan sistem/polisi yang tegas untuk menjaga keberkesanan ahli dan juga pekerja-pekerja dalam majlis perbandaran dalam kerja mereka. Maka pasukan tindakan khas itu tidak perlu ditubuhkan lagi.

Kedua, sistem penetapkan waktu untuk sesuatu tugas. Memastikan kerja harus diselesaikan dalam masa yang diperuntukkan.

Ketiga, sistem penilaian, membolehkan orang ramai mengundi setiap tahun terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

Keempat, sistem penghargaan dan hukuman, sekiranya pekerja sesuatu jabatan gagal untuk mencapai tahap permintaan orang ramai maka pengerusi jabatan tersebut juga harus dihukum.

Kelima, sistem yang lebih telus, memperkenalkan "Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran" dengan bantuan pemetaan Google Map seperti yang telah dilancarkan oleh DAP Muar iaitu mengemaskinikan status kerja penyelenggaraan terhadap setiap aduan dan kesemua proses ini akan diumumkan kepada orang ramai di laman web.


Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hua
02.10.2010

No comments:

Post a Comment