Semalam saya dimaklumkan dari media internet bahawa cik Wong Bee Fong telah didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan. Saya amat terkejut dan marah mengenai berita ini melibatkan dua aspek. Pertama ialah penyalahgunaan kuasa polis dan kedua, berkaitan dengan maruah seorang wanita.
Saya perlu menekankan bahawa insiden ini melibatkan penyalahgunaan kuasa secara jelas.
Pertama, sperti apa yang dinyataakn oleh peguam Cik Wong, tindakan polis tersebut menpunyai niat yg buruk (atau mala fide). Kes ini merupakan satu kes trafik biasa, mengapa PDRM mengambil masa selama 7 tahun baru mengadakan pendakwaan? Pada bulan Ogos 2011, beliau telah mendedahkan perkara ini kepada media demi mencari keadilan. dua bulan kemudian, iaitu pada 1hb November, beliau ditahan dan didakwa oleh polis. Bukankah kedua-dua insiden ini berlaku secara kebetulan?
Kedua, mengapa anggota polis sanggup datang ke rumah kediaman baliau pada larut malam untuk menahan beliau? Apakah tujuan dan desakan untuk berlaku sedemikian? Disamping itu, majikan beliau telah bersedia untuk memberikan jaminan semasa mereka melapor ke balai polis yang diarahkan, namunnya, polis enggan memberikan jaminan dan membawa beliau ke lokap balai polis dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret keesokan harinya.
ketiga, gari tangan hanya diguna dengan tiga alasan, iaitu mengelakkan orang kena tahan melarikan diri, mengelakkan orang kena tahan mencederakan orang lain dan mengelakkan orang kena tahan mencederakan dirinya sendiri. Ketiga-tiga syarat tersebut tidak selaras dengan keadaaan waktu beliau ditahan. Mengapa polis memilih menggunakan gali tangan semasa membawa beliau ke Mahkamah Majistret?
Berdasarkan kepada tiga hujah tersebut tadi, adalah dipercayai kelakuan polis dalam aspek ini adalah berniat buruk, cuba mengugut dan memperlekehkan mangsa tersebut.
Seterusnya saya berasa polis tidak memerihara dan menjaga mengenai kes-kes yang melibatkan wanita dari segi nilai Maruah Seorang Wanita.
Pada 13hb Ogos 2004, semasa Cik Wong ditemani oleh majikannya ke Balai Polis Jalan Bandar untuk ujian alkohol. Baliau mendapati pegawai polis lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap beliau juga berada di balai polis tersebut. Salah seorang pegawai polis wanita bertanya kepada pegawai polis lelaki tersebut bahawa, jika dia bising, mengapa tidak tampar dia?
Pada bulan Jun 2007, dalam satu kes jenayah samun dan rogol bersiri berlaku. Semasa salah satu mangsa dari Ipoh semasa membuat laporan polis ditanya oleh seorang pegawai polis wanita bertugas, mengapa ungkapan beliau tidak seperti sudah dirogol?
Pada 3hb Jun 2011, D7 dari Bukit Aman telah mengadakan operasi di sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang. 30 orang wanita disyaki menawarkan khidmat seks. Polis mengunakan pen marker melukis tanda di badan mereka termasuk dahi, dada dan siku mereka.
pada 25hb Jun 2011 sehingga 4hb July, 10 orang wanita dari PSM telah ditahan di Balai Pertahanan Kepala Batas. Mereka diarah membogelkan diri dimana pegawai lelaki berada di depan mereka. Disamping itu, pegawai polis tidak membenarkan mereka memakai baju dalam selepas penukaran ke baju orang kena tahan.
Kes-kes ini mempunyai satu persamaan iaitu, padabila kes jenayah yang melibatkan kaum wanita, sikap anggota polis adalah tidak sensitif, dan tidak memelihara maruah seseorang wanita.
Tindakan pendakwaan terhadap Cik Wong oleh Anggota polis merupakan satu kelakuan cuba melencongkan tumpuan orang awam mengenai perkara ini. Asas perkara ini bukan kerana kesalahan trafik, bukan kerana seseorang cuba menghalang polis menjalankan tugas, hakikatnya ialah, 11 orang anggota polis telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan juga kelakuan rasuah.
Saya tidak dapat mengemukakan usul mengenai pendakwaan yang dihadapi oleh Cik Wong kerena sekatan paraturan mesyaurat 36(2). Walaubagaimanapun, 11 orang anggota polis tersebut belum lagi disiasat, dan dengan jelasnya, pasukan polis cuba melindungi kakitangan mereka dalam perkara ini. Tambahan pula, tiada seorang pegawai polis tersebut pun didakwa, maka perkara ini tidak melanggar apa-apa peraturan mesyuarat, maka, boleh dibahas di Dewan Rakyat.
Berdasar kepada semangat pengasingan kuasa, Dewan Rakyat sepatutnya menjalankan kuasa pemantauannya dengan membahaskan penyalahgunaan kuasa terhadap pemerintah dalam aspek ini.
Akhir sekali, menurut motivasi yang saya sebut diatas, saya minta rakan-rakan saya di Dewan Rakyat dari dua pihak, terutamanya Ahli-ahli wanita untuk menyokong usul ini. Disamping itu, saya juga mohon NGO-NGO wanita mengambil perhatian mengenai isu ini dan memberikan bantuan kepada mangsa tersebut.
Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
03.11.2011
bro, nama nye pun dah salah. kene la gari. kan dah ada syeksyen kesalahan tu. kalau okt yg jual ganja pun mintak tidak digari mcm mana? diaorg pun okt gak. salah x salah, mahkamah yg tentukan laaaa. lu apa celop nk masuk campur urusan undang2?
ReplyDeletebro, lg satu. kalau org yg nk masuk lokap dah mmg prosedurnye kena buka baju (bogel sekejap). disuruh cangkung mana la tau ada bawa dadah @ masterkey pintu penjara ke dalam lokap. kalau banduan lain lari nanti, timbul la pulak lu salahkn isu banduan lari dr lokap. gua rasa lu ni reti komplen je. apa cerita kawasan bakri lu tu? ada pusat judi. lu buat apa? kecohkan pasal sorang pompuan je? kat muar tempat lu jadi pusat pelacuran terkemuka asia masa ni ada lu amik port? apa lu bikin kerja jadi ahli parlimen? kat situ banyak lg maruah perempuan tergadai. pemerdagangan manusia. isu paling sensitif masa kini. tau tak? tapi lu konon2 mau jadi hero untuk 1 org perempuan saja? ibarat lu punya seluar bnyk cantik tapi lu punya underwear bnyk buruk & busuk. itu pusat karaoke jalan bakri banyak sudah bukak. lu bikin apa? nanti kita kasi bakar semua,, kita tau lu ada share itu tempat.
ReplyDelete