2011-11-07

Jawapan Menteri mengenai perhubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel

7 November 2011

Y.B Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri


JAWAPAN BERTULIS KEPADA PERBAHASAN PERINGKAT DASAR RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 - 17 OKTOBER 2011

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya merujuk kepada Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 oleh Ahli Yang Berhormat pada 17 Oktober 2011 berhubung isu perdagangan isu Malaysia dengan israel dan bahan bacaan mengenai lsrael yang terdapat di Pusat Sumber Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI).

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MITI mengambil maklum akan perkara tersebut, namun begitu saya tidak mempunyai kesempatan untuk menjawab isu berkenaan semasa sesi penggulungan oleh Minister of International Trade and Industry Malaysia Kementerian ini pada 31 Oktober 2011 yang lalu. Oleh yang demikian, sukacita saya lampirkan jawapan terhadap isu tersebut seperti di Lampiran.

Sekian, terima kasih

(DATO SRI MUSTAPA MOHAMED)

Lampiran:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: PERBAHASAN BAJET 2012
DARIPADA: TUAN ER TECK HWA
KAWASAN: BAKRI

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Luar Negara adalah tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Negara lsrael. Di samping itu, dari segi perdagangan import dan eksport barangan daripada lsrael adalah dilarang di bawah Akta Kastam 1967 (Larangan Import dan Eksport) pindaan 2000. oleh yang demikian, bentuk perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa (international supply chain) yang kebanyakkannya terdiri dari bahan mentah dan komponen elekronik. la dikendalikan oleh syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di Rantau Teluk termasuk lsrael. lni adalah sebahagian dari amalan perniagaan antarabangsa yang di bawah kawalan syarikat-sYarikat MNC sendiri.

Berhubung bahan-bahan bacaan mengenai lsrael yang terdapat di Pusat sumber MITI, ianya telah diterima secara hadiah sejak 1967 sehingga 1999. Walau bagaimanapun, bahan bacaan tersebut tidak bertujuan untuk mempromosikan perdagangan dengan lsrael. Ia hanyalah untuk bacaan umum sahaja dan pada masa ini bahan bacaan tersebut telah dilupus.



No comments:

Post a Comment