2011-11-14

Kenyataan Rasmi : Jemaah Menteri meluluskan import/export dengan Israel

Dalam sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas yang sedang berlangsung sekarang, saya telah membangkitkan isu perdagangan di antara Malaysia dengan Israel. Bermula dari perbahasan Belanjawan 2012 peringkat dasar bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya telah mengemukakan pertanyaan kepada Menteri untuk memberikan penjelasan berhubung satu dakwaan bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Negara Rejim Zionis Israel. Pada 7 November 2011, Menteri telah memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan saya di mana Menteri telah menyatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk hubungan perdagangan dengan Israel lantaran dari Dasar Luar Negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan juga larangan perdagangan di bawah Akta Kastam 1967 (AKta Larangan Import dan Eksport) Pindaan 2008.


Malahan, dalam satu Laporan yang telah dikeluarkan oleh European Commission of Trade, European Union bertarikh 08 Jun 2011 berhubung dengan kerjasama dan hubungan perdagangan di antara Israel dengan Kesatuan Eropah dan Negara lain di dunia telah mendedahkan pada tahun 2010 bahawa Malaysia berada di kedudukan 24 dalam senarai 50 Negara bagi urusan import, kedudukan 11 dalam senarai 50 Negara bagi urusan eksport dan kedudukan ke 15 dalam senarai 50 negara bagi keseluruhan urusan perdagangan dengan Israel(rujuk kepada foto:Israel Trade Partner.jpg). Dengan pendedahan dokumen ini, ia menunjukkan sememangnya kita mempunyai hubungan perdagangan secara terus dengan Negara Rejim Zionis Israel.


Kewujudan dokumen kastam bernombor pendaftaran W20204004087 (foto No kastam.jpg) menafikan jawapan bertulis pihak Kementerian yang menyatakan segala perdagangan import dan eksport barangan daripada Israel adalah dilarang. Sedangkan dokumen kastam tersebut secara jelas menyatakan pengimport adalah Chayon Distributor-Computers Limited, 4, Haomanut Street, 42504, Netanya, Israel (foto IMG-20111108-00037.jpg). Malahan, borang tersebut turut mempunyai cop Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia.

Juga dalam sistem penetapan kadar caj berat barangan IATA turut secara jelas mencatatkan kadar caj sedia ada bagi barangan yang dihantar dari Kuala Lumpur ke Tel Aviv, Israel. Sistem penetapan kadar caj IATA ini digunakan di semua pintu masuk utama Negara. IATA tidak akan menyenaraikan kadar caj bagi negara-negara yang tidak mempunyai hubungan dagang.

Sekiranya hubungan perdagangan ini tidak pernah berlaku seperti laporan European Commission of Trade dan dokumen Kastam ini maka, Kementerian perlu menyatakan bantahan terhadap pengeluaran laporan ini yang boleh menjejaskan usaha Malaysia dalam soal kemanusiaan di Semenanjung Gaza, dan satu siasatan menyeluruh terhadap Kastam DiRaja Malaysia oleh kerana berlakunya aktiviti perdagangan import eksport dengan Israel yang secara jelas melanggar Akta Kastam itu sendiri.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam ucapan jawapan perbahasan Belanjawan 2012 pada 9 November telah mendedahkan bahawa satu keputusan Jemaah Menteri telah meluluskan permohonan Syarikat-syarikat MNC membuat transaksi import dan eksport dengan Negara Israel dan pihak Kastam membenarkan transaksi berlaku walaupun Akta Kastam melarangnya ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri. Ini menimbulkan persoalan bahawa Negara ini sememangnya berhadapan dengan krisis yang besar apabila peruntukan Undang-Undang Negara yang berkuatkuasa boleh diketepikan hanya dengan satu keputusan Jemaan Menteri sahaja.

Adalah tidak menghairankan jika negara ini dijadikan tempat keldai dadah bermaharajalela ekoran dari sikap Kerajaan yang melanggar peruntukkan perundangan dan juga menjadi tunggangan rejim Zionis Israel dalam melaksanakan agenda keganasan kemanusiaan terhadap Palestin. Tambahan pula, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian terkenal dengan penglibatannya dalam Aman Malaysia yang telah menghantar banyak bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, namun dengan pendedahan beberapa dokumen seperti dalam lampiran ini telah mendedahkan betapa hipokrasi Pimpinan UMNO/BN dalam isu Israel-Palestin adalah sangat menjelekkan.

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
2011.11.14

1 comment:

  1. Dear YB Er,

    My name is Chong Wai Ken, last election I voted for DAP in Kuchai Lama. I am a small business man, in fact I am a one man show. I designed certain devices to prevent fuel theft and get the local SMI to produce for me in small quantity. Then I sell them to local trucks owners, as well as export them to overseas customers. This small business is helping me to support my family, that is, my child, my wife and my retired parents in Ipoh. As such, each opportunity is very important to me.
    I do received business inquiries from Israel. The first time, I have to send my product samples via singapore and this proved to be very troublesome and the cost is much higher, thus I lost the customer. Just recently, I received another business inquiry from another customer from Israel and this time I read through MITI site that I need to apply a permit. I called MITI and was told that I need to get a product classification from customs malaysia and with that I can submit my application for the permit to send my product samples to my Israel customer. I have submitted my application for product classification to customs 4 weeks ago and until today no news. Already, the process is not business friendly. I have informed my customer the process needed to do business with them, they are disappointed but willing to wait patiently until I get the permit. And this is just to send a few samples.

    YM, my questions to you are,
    1. By raising the above issue, how does it going to help people like me to make a living?
    2. By not doing business with the people of Israel, how does it benefit the Malaysians in general, and people like me in specific?
    3. By not doing business with Israel, is it a form of sanction? And as such, how does it affect Israel government or their economy?
    4. Does the relationships from one government to another have to affect the relationships between people to people of different countries?

    I have read that Israel have trade relations with many Middle Eastern Muslim Countries, such as Jordan, Turkey, Egypt, Qatar, Algeria, Saudi Arabia, Oman, Bahrain and Kuwait. Is Malaysia trying to prove that we are more Islamic than those middle eastern countries? Is DAP want to prove to BN government that DAP is more Islamic than BN government? Or are the above Middle East Countries don't support Palestinian cause?

    What is so wrong for a country like Israel government protecting its people from almost daily missile attack? What do you do, if you are the PM of Israel?

    Does our sanction on Israel help in advancing the Palestinian cause? I don't know, but I do know Palestinian need the help from US and not Malaysia.

    I hope that YB is raising this issue so as to get that the BN government to officially acknowledge and normalize trade relation with Israel and do away the cumbersome procedures. Rather than to further stifle business relation with Israel.

    Thank you.
    Chong Wai Ken

    ReplyDelete