2011-11-08

Jawapan Menteri mengenai isu bekalan air di Kawasan Bukit Naning

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA ( Minister of Energy, Green Technology and Water Malaysia )

JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN TAMBAHAN SEMASA YB MENTERT MENJAWAB KEATAS PERBAHASAN BELANJAWAN NEGARA 2012 DI PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA PADA 24HB OKTOBER 2077

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah meminta penjelasan berhubung dengan permasalahan bekalan air di kawasan Bukit Naning, Ketika saya menjawab ke atas perbahasan Belanjawan Negara 2012 di Peringkat Dasar pada 24hb Oktober 2011. Sehubungan itu, bersama-sama ini saya sertakan jawapan secara bertulis untuk perhatian dan makluman Yang Berhormat.

SOALAN

Yang Berhormat Menteri, tentang bekalan air di Johor, Yang Berhormat Menteri tidak jawab. Jawab Sarawak, Selangor sahaja, sebab dalam ucapan saya, saya ada ceritakan terdapat percanggahan di dalam jawapan dari pihak kementerian dan jawapan dari pihak Syarikat Air Johor. Pihak Kementerian menyatakan permohonan telah disenaraikan dalam Rolling Plan Kedua RMKe-10. Namun, dalam masa yang sama Syarikat Air Johon telah nnenyatakan bahawa tiada keperluan untuk pembinaan tangki baru. lni semakin mengelirukan mengenai hasrat sebenar pihak terbabit sama ada ingin membina ataupun tidak. Adakah pembinaan tangki dan rumah paip bagi kawasan Bukit Naning akan diteruskan mengikut rancangan Rolling Plan Kedua RMKe-10. Pihak Syarikat Air Johor (SAJ) dalam jawapan e-mel yang dihantar kepada saya telah menyatakan penduduk di kawasan tersebut boleh menerima bekalan air secara terus dari tangki air Bukit Dinding tanpa melibatkan pembinaan tangki baru di Bukit Naning ekoran dari kerja-kerja menaik taraf paip bekalan air pada tahun 2003 dan 2009 yang bernilai RM8.6 juta. Namun, masalah yang dihadapi oleh penduduk setiap kali musim perayaan tetap juga berlaku saban tahun setelah berbelanja jutaan ringgit, namun masalah tetap berlaku. Kenapa? Satu penjelasan yang telus perlu diberikan berkaitan perkara ini. Minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tentang bekalan air di Bukit Naning.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Setakat ini, kawasan Bukit Naning menerima bekalan air yang mencukupi dengan tekanan yang sewajarnya. Projek-projek penambahbaikan yang dijalankan sebelum ini memberi kesan yang positif terhadap bekalan air di kawasan terbabit.

Namun, kekurangan bekalan air yang berlaku di musim perayaan harus dilihat sebagai isu operasi yang berdepan dengan permintaan bekalan yang melebihi daripada biasa.

Sungguhpun demikian, pihak SAJ mempunyai strategi operasinya bagi mengatasi masalah ini melalui 'Ops Perayaan' yang antara lain memantau paras tangki Bukit Dinding serta pressure suruey yang dilakukan di kawasan tersebut. Langkah-langkah ini telah dapat mengelakkan daripada berlakunya tekanan rendah dan rata-rata penduduk di kawasan terbabit mendapat bekalan air sewajarnya.

3. Atas perhatian dan kerjasama Yang Berhormat dalam perkara ini amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


( DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI )

Sekian.




No comments:

Post a Comment