2011-11-08

Kenyataan Rasmi : penolakan usul Wong Bee Fong asalah tidak munasabah

pertama sekali, saya rasa amat kecewa dengan keputusan YDP menolak usul yang saya bangkitkan mengenai Insident Cik Wong Bee Fong.

Alasan yang diberikan oleh YDP ialah perkara ini sudah diserahkan kepada mahkamah. Saya telah jelaskan bahawa insident ini melibatkan dua perkara, perkara yang pertama ialah bahawa beliau didakwa oleh Peguam Negera kerena menghalang tugas anggota polis menjalankan tugas. Perkara yang kedua ialah mengenai tuntutan bahawa 11 pegawai polis yang terlibat dalam kes gangguan seksual.

Perkara pertama ialah mengenai pendakwaan yang sedang dijalan dan perkera kedua ialah mengenai penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh PDRM. Usul yang saya mengemukakan ialah mengenai perkara yang kedua. Oleh sebab itu, saya mohon penjelasan kepada YDP atas alasan yang mana usul saya ditolak.

Pada 3hb November, OCPD Kajang teleh memeberikan kenyataan secara terang-terang bahawa Cik Wong didakawa adalah kerana beliau memberikan talimat kepada media untuk mendedahkan kes gangguan seksual yang berlaku pada tahun 2004 dan sehingga hari ini, tiada tindakan atau siasatan yang dijalankan.

Semasa wartawan dari Oriental Press bertanya mangapa kes ini mengambil masa selama 7 tahun sebelum beliu didakwa, OCPD Kajang kata, Cik Wong didakwa adalah kerana taklimat beliau pada bulan Ogos. Bukankah ini sudah merupakan satu penyalahgunaan kuasa? Kes ini sudah berlaku selama 7 tahun, tiada tindakan yang diambil. Sehingga Cik Wong memberikan talimat kepada media, IPD Kajang pula mendakwa beliau di atas kesalahan mengganggu pegawai polis menjalakan tugas.

Insiden ini seharusnya dibahas di Dewan Rakyat kerana gangguan seksual yang seling berlaku di bidang polis sudah memberi prespektif bahawa balai polis sudah tidak selamat untuk melindungi kaum wanita.

Memandang keseriusan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, alasan atas penolakan usul ini adalah tidak munasabah dan keputusan ini telah mengabaikan tanggungjawab Dewan Rakyat sebagai temapat untuk pembahasan perkara yang berkaitan dengan pemtadbiran kerajaan.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
08.11.2011

No comments:

Post a Comment