2011-10-06

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 6 OKTOBER 2011 (KHAMIS)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 30

SOALAN:

Y.B. ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bilangan kompleks yang dimiliki oleh warga asing di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 2005 sehingga 2011:-

(a) senaraikan nama bangunan dengan pecahan nama dan negara asal pemilik; dan

(b) senaraikan juga nilai semasa bangunan tersebut dan tarikh bangunan tukar nama pemilik.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bakri, berdasarkan kepada rekod yang disemak oleh Kementerian ini dengan pihak yang berkenaan iaitu Pusat Maklumat Harta Negara (NAPIC), terdapat pecahan pemilikan bangunan iaitu bangunan milik persendirian bagi suku tahun kedua, 20LL adalah sebanyak 339 buah dengan keluasan 6,465,005 meter persegi. Seterusnya bangunan milik Kerajaan adalah sebanyak 46 dengan keluasan 467,6t9 meter persegi. Namun begitu, Kementerian ini tiada rekod dari segi pecahan nama dan negara asal pemilik bagi sesebuah bangunan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan kepada Laporan Stok Harta Perdagangan suku tahun kedua bagi tahun 20II yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Negara (NAPIC) di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan/ terdapat sebanyak 385 buah pejabat binaan khas sedia ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jumlah bagi 385 buah pejabat binaan khas tersebut adalah berkeluasan 6,932,624 meter persegi. Manakala keluasan yang dihuni pula adalah berjumlah 5,557,7L2 meter persegi. Namun begitu, Kementerian ini tidak mempunyai maklumat terperinci tentang nilai semasa bangunan tersebut dan juga tarikh pertukaran nama sesebuah bangunan

No comments:

Post a Comment