2011-10-06

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 6 OKTOBER 2011 (KHAMIS)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 4

SOALAN:

Y.B. ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Segamat menyediakan kemudahan sistem ultrasonik untuk pesakit. Jika ya, sebutkan bilangan mesin yang ada dan jumlah kakitangan yang kini bertanggungjawab. Jika tidak, adakah sistem ini akan diberi kepada pihak hospital.

JAWAPAN:

Tan Sri Yang di-Pertua,

Hospital Segamat ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan ultrasound untuk pesakit-pesakit. Pada masa ini terdapat lima (5) unit mesin ultrasound yang berfungsi dengan baik yang ditempatkan di Jabatan Pengimejan Diagnostik (dua unit), Klinik Obstetrik & Ginekologi (dua unit) dan Dewan Bersalin (satu unit).

Mesin-mesin ultrasound di Klinik Obstetrik & Ginekologi dan Dewan Bersalin digunakan oleh dua orang Pakar Obstetrik & Ginekologi dan empat orang Pegawai Perubatan, di antaranya untuk mengesan:

1. sebarang abnormaliti di dalam organ reproduktif pesakit wanita seperti ketumbuhan; dan
2. mengesan keadaan janin di dalam rahim ibu hamil termasuklah kedudukan uri.

Mesin ultrasound di Jabatan Pengimejan Diagnostik digunakan oleh Pakar Radiologi Pelawat dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk lain-lain kes yang dirujuk daripada pelbagai jabatan seperti kes-kes batu karang dan ketumbuhan di dalam sistem genitourinari (meliputi buah pinggang, pundi kencing dan ureter), hati, pundi hempedu, pankreas dan sebagainya.

Mesin ultrasound adalah selamat digunakan dan tidak memerlukan sebarang perlindungan khas kepada kakitangan yang mengendalikan mesin dan pesakit.

Soalan Tambahan boleh baca disini.

No comments:

Post a Comment