2011-10-04

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SOALAN 32
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 4 OKTOBER 2011 (SELASA)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

SOALAN :

Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru-guru di sekolah rendah yang mempunyai diploma TESL. Senaraikan sekolah-sekolah di seluruh negara dengan pecahan SJK, SJKC, SJKT dari tahun 2009 hingga 2011.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Bilangan guru yang memiliki Diploma TESL. di peringkat sekolah rendah seluruh negara bagi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari tahun 2009 hingga 2011 adalah seramai 934 orang. Pecahan mengikut tahun dan jenis sekolah adalah seperti berikut:

TahunSKSJKCSJKTJUMLAH
2009249199277
20102691923311
20113022024346
JUMLAH8205856934

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 3 oktober za1j, bilangan sekolah Kebangsaan (SK) adalah sebanyak 5,900 buah, Sekolah Jenis Kebangsaan cina (SJKC) pula sebanyak 1,292 buah, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sebanyak 523 buah. lni bermakna jumlah keseluruhan sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan di negara ini berjumlah 7,715 buah.

Rjm 02

No comments:

Post a Comment