2011-10-04

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SOALAN 121
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 4 OKTOBER 2011 (SELASA)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

SOALAN :

Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa MPM tidak memberikan tanah dan peruntukan untuk pembinaan mercu tanda tarian singa di Muar. Sebaliknya persatuan berkenaan perlu menerima dermaan tanah dari pihak swasta. Apakah sumbangan dari segi sumber kewangan dari MPM dalam perkara ini.

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Perbandaran Muar mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan prasarana kemudahan awam bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat seperti menaik taraf jalan, membina parit dan longkang, dewan masyarakat, pasar, kemudahan sukan, gerai, tempat letak kereta, tandas awam, dan laluan pejalan kaki yang bersifat 'people centric'. Pembinaan mercu tanda tarian singa bukannya satu projek yang boleh dikategorikan sebagai kemudahan awam maka adalah wajar pihak persatuan menguruskan pembinaan mercu tanda ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya menyediakan peruntukan dalam membantu PBT membina kemudahan-kemudahan awam yang berkepentingan kepada rakyat.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Oktober 2011

No comments:

Post a Comment