2011-10-10

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 10 OKTOBER 2011 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 21

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan Jalan Raya Persekutuan yang dilengkapi dengan lorong motosikal dan basikal:-

(a) Senaraikan jalan-jalan raya dengan lokasinya mengikut negeri; dan

(b) Adakah rancangan tambahan lorong motosikal atau basikal akan dilaksanakan di setiap daerah jika tidak, mengapa.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya amat prihatin dan mengambil maklum mengenai risiko kemalangan jalan raya, khususnya yang melibatkan penunggang motosikal. Sehubungan itu, sehingga kini Kementerian Kerja Raya telah membelanjakan sebanyak RM149.2 juta bagi membina lorong-lorong motosikal di Jalan Persekutuan di seluruh negara melibatkan jarak keseluruhan jalan sepanjang 114 kilometer. Antara lokasi-lokasi lorong motosikal yang telah siap dibina ialah seperti berikut:

1. Jalan Persekuruan FT05, Batu Pahat, Johor (10KM);
2.Jalan Persekuruan FTO1, Simpang Renggam ke Kluang (U), Johor (4KM);
3. Jalan Persekutuan FTO1, Simpang Renggam ke Kg. Kenangan, Jalan Simpang Renggam-Johor Bahru (S), Johor (7KM);
4. Jalan Persekutuan FT05, Jalan Pontian-Johor Bahru, Johor (10KM);
5. Jalan Persekutuan FT05, KM5l -58 Jalan Johor Bahru-Pontian, Johor (8KM);
6. Jalan Persekutuan FT01, Tanjung Agas-Parit Bunga, Muar, Johor (3KM);
7. Jalan Persekutuan FT01, Bandar Muar-Parit Jawa, Muar, Johor ( 13KM);
8. Jalan Persekutuan FTO1, Sungai Petani, Kedah (24KM);
9. Jalan Persekutuan FTO7, Jalan Alor Janggus-Kota Setar,Kedah (7KM);
10. Jalan Persekutuan FT05, Simpang Ampat-Telok Intan,Perak (10KM);
11. Jalan Persekutuan FT58, Telok lntan, Perak (5KM); dan
12. Jalan Persekutuan FT03, Kemaman-Dungun (13KM).

Di samping itu, dari tahun 2008 hingga 2010 Kementerian Kerja Raya juga telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk menaik taraf lorong-lorong motosikal di Jalan Persekutuan 2, iaitu laluan antara Petaling Jaya ke Klang dan sebaliknya. Manakala dalam tempoh Separuh Kedua RMKe-10 ini, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Agensi Pusat untuk membina 16 lagi projek pembinaan lorong khusus motosikal di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh negara melibatkan anggaran kos sebanyak RM196 juta. Walau bagaimanapun, pelakanaan program ini tertakluk kepada kelulusan dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah penambahbaikan ciri-ciri keselamatan jalan kepada penunggang motosikal, Kementerian Kerja Raya juga telah menggariskan keperluan pembinaan bahu jalan yang lebih luas bagi projek pembinaan dan menaik taraf jalan yang dilaksanakan oleh labatan Keria Raya (JKR), mulai dari tempoh RMKe-9. Penambahbaikan ini dilakanakan pada peringkat mereka bentuk projek (pra-pembinaan) dengan mengambil kira faktor-faktor piawaian teknikal (Arahan Teknik Jalan, JKR) dan peruntukan yang diluluskan untuk sesuatu projek itu.

Sekian, terima kasih.





No comments:

Post a Comment