2011-10-10

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 10 OKTOBER 2011 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 37

SOALAN:

Y.B. ER TECK HWA [BAKRI] Meminta MENTERI PELANGONGAN menyatakan apakah program pembangunan selepas Festival Tesktil Tangkak 2011 :-

a. rancangan selanjutnya untuk menarik para pengunjung melancong ke Tangkak dan kos untuk menganjurkan festival tersebut; dan

b. mengapa ditutup Jalan Payamas dan bukan dengan menggunakan Dewan Serba Guna yang mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, dahulunya Bandar Tangkak terkenal dengan produk pelancongan tekstilnya yang digemari oleh pelancong domestik dan Singapura. Akan tetapi, kini agak tenggelam kerana persaingan daripada kawasan-kawasan penjualan tekstil baru seperti di Nilai. Oleh yang demikian, bagi mempromosikan Tangkak sebagai Bandar Tekstil dan menarik lebih ramai pelancong ke Tangkak, Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Pelancongan telah bekerjasama mengadakan Festival Tekstil Tangkak2011 pada 3 hingga 6 Mac 2011.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mempromosikan Bandar Tangkak sebagai pusat pelancongan tekstil negara di samping membantu membangunkan ekonomi masyarakat setempat secara tidak langsung.

Semasa festival ini, di bawah program Mega Fam, Kementerian ini telah membawa 12 agensi pelancongan Singapura dan 25 media tempatan yang terdiri daripada majalah pelancongan, suratkhabar, stesen televisyen dan stesen radio. Kementerian ini turut mendapat respon yang sangat positif daripada penduduk Tangkak.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Johor khususnya Majlis Daerah Tangkak digalakkan untuk menganjurkan program Festival Tangkak ini secara berterusan. Para pengusaha pelancongan juga digalakkan untuk memperbanyakkan lagi pakej-pakej pelancongan ke Tangkak, mengadakan lawatan ke kilang-kilang yang berasaskan makanan dan industri perkilangan kepada pelancong-pelancong serta bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk mengadakan pakej 2Hari 1 Malam atau 'day trip' ke Tangkak dan Muar.

Jumlah kos penganjuran festival ini adalah sebanyak RM292,765 termasuk kos promosi dan publisiti bagi acara ini.

(b) Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, lokasi penganjuran festival ini ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor di Jalan Payamas kerana lokasi ini amat bersesuaian bagi mewujudkan suasana festival tekstil kerana pengusaha dan kedai-kedai tekstil yang menyertai aktiviti ini terletak di sepanjang jalan tersebut.

Memandangkan festival ini adalah untuk memperkenalkan Tang kak sebagai Bandar Tekstil, jalan tersebut adalah merupakan lokasi yang paling strategik dan sesuai kerana ianya adalah merupakan tumpuan utama pengunjung ke bandar Tangkak berbanding jika diadakan di Dewan Serba Guna.




No comments:

Post a Comment