2011-10-03

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 3 OKTOBER 2011 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

SOALAN :

Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tarikh tepat penutupan tapak pelupusan sampah Bukit Bakri. Senaraikan:-

(a) kos untuk projek naik taraf tapak tersebut; dan
(b) nama syarikat yang menerima tawaran projek ini dan tarikh tawaran.

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebahagian daripada tapak pelupusan Bukit Bakri sedang dinaiktaraf manakala sebahagian lagi akan ditutup selamat. Tindakan sedemikian diambil kerana tapak tersebut tidak dapat ditutup kesemua kawasannya kerana tapak alternatif masih belum dapat dibina. Oleh yang demikian, sementara tapak baru dikenalpasti dan dibina, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menutup selamat sebahagian besar tapak manakala sebahagian lagi dinaik taraf bagi menangani masalah pencemaran air dan bau. Kos projek naik taraf dan tutup selamat ini adalah berjumlah RM 8.7 Juta.

(b) Projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan telah ditawarkan kepada kontraktor Sunan Jaya Sdn. Bhd. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 10 bulan bermula pada 5 September 2011 dan dijadualkan siap pada 4 Mei 2012. Pada masa ini, kerja-kerja awalan di tapak sedang giat dilaksanakan. Apabila projek ini siap kelak, isu bau busuk dan pencemaran di persekitarannya dapat dibendung.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Oktober 2011

No comments:

Post a Comment