PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 3 OKTOBER 2011
SOALAN :
ER TECK HWA [BAKRI] Minta MENTERI KEMAJUAAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah penyelesaian untuk mengatasi masalah bekalan air di Mukim Air Hitam, Kawasan Bukit Naning:-
(a) Adakah satu projek pembinaan tangki air pernah dicadangkan. Jika yd, bila dan mengapa projek tersebut terbengkalai; dan
(b) Sebutkan rancangan pembinaan tangki air dan naik taraf paip-paip utama yang akan dilaksanakan.
JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian ini telah menerima permohonan pembinaan sebuah tangki dan rumah pam bagi kawasan Bukit Naning, Air Hitam dan Kg Parit Tengah . Permohonan berkenaan telah disenaraikan di bawah Rolling Plan Kedua RMKe-10.
Pada masa ini, Kementerian dalam proses melaksanakan tiga (3) buah tangki di negeri Johor seperti berikut:
1) Projek Bekalan Air Sistem Retikulasi Tahun 2010 Negeri Johor Zon 2 (Kg Keremoiyang) dengan kos sebanyak RM 1.3 juta dan dijangka siap pada bulan Oktober 2011;
2) Projek Membina dan Menyiapkan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ke Perkampungan FELCRA Bukit Kepong, Labis, Johor dengan kos sebanyak RM 10.6 juta dan dijangka siap pada bulan Oktober 2012; dan
3) Projek Membina dan Menyiapkan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ke Perkampungan Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi Serta Penempatan RISDA Sungai Ambat, Mersing, Johor dengan kos sebanyak RM 17.05 juta dan dijangka siap pada bulan September 2012.
Bagi projek menaiktaraf paip-paip utama, ianya adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN).
No comments:
Post a Comment