2011-10-05

Jawapan emal dari SAJ mengenai isu bekalan air Mukim Air Hitam

Mr Er,

Beriut merupakan maklum balas berkaitan yang pernah diberi pada Persidangan Dewan Negeri Johor pada Julai 2010.

"Ahli Yang Berhormat dari Bukit Naning membangkitkan isu tekanan air terlalu rendah dan memohon Kerajaan mempertimbangkan untuk membina sebuah tangki. Ahli Yang Berhormat, hasil siasatan dan pemantauan yang dibuat mendapati bahawa tekanan air terutamanya di kawasan tinggi bagi kawasan Bukit Naning adalah pada paras 13 meter yang mana ia mematuhi piawai yang ditetapkan iaitu 10 meter.

Untuk makluman, sejak tahun 2003 pihak SAJ telah melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan terhadap sistem bekalan air di kawasan tersebut. Pemasangan paip 500mm sepanjang 10 km yang siap pada tahun 2003 dengan kos berjumlah RM4.1 juta dan pemasangan paip berukuran 400mm sepanjang 3.5km dengan kos berjumlah RM4.7 juta yang siap pada Ogos 2009 membantu penduduk kawasan Bukit Naning menerima bekalan air bersih dengan tekanan air sewajarnya. Ini bermakna penduduk di kawasan tersebut boleh menerima bekalan air secara terus dari Tangki Air Bukit Dinding tanpa melibatkan pembinaan tangki baru di Bukit Naning. "

Sekian,
Siti Noraiehan Abd Karim
Corporate Communication Department
SAJ Holdings Sdn Bhd
Larkin, Johor Bahru
D/L: +607 225 5488
Fax: +607 221 4506
Email: noraiehan@saj.com.my
raiehan@gmail.com

Bagi Pihak;

Jamaluddin Jamil
Ketua Komunikasi Korporat
Tel: 019 776 3337

No comments:

Post a Comment