2011-10-05

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 5 OKTOBER 2011 (RABU)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 12

SOALAN :

Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan pegawai diarahkan ke setiap kilang minyak kelapa sawit untuk mencegah buah kelapa sawit tidak matang untuk proses bagi penghasilan minyak. Nyatakan:-

(a) bilangan kelapa sawit dirampas sejak bulan Jun dan nilai pasarannya; dan
(b) bilangan kilang yang didapati melanggar parturan tersebut dan apakah polisi ini mencapai sasarannya.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Di bawah program transfomasi ekonomi negara, industri sawit merupakan salah satu bidang utama di bawah National Economic Area (NKEA). Industri ini disasarkan untuk meningkatkan sumbangan kepada Gross National Income (GNI) ke paras RM170 billion menjelangkan tahun 2020 berbanding dengan sumbangan sebanyak RM52.7 billion pada tahun 2009.

Untuk mencapai objektif tersebut, salah satu daripada 8 projek permulaan (Entry Point Projects, EPP) adalah berkaitan dengan meningkatkan kadar perahan minyak (oil Extraction Rate, OER). Untuk tujuan ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah meempatkan seramai 186 pegawai di kilang-kilang sawit di seluruh negara bagi memastikan buah tandan yang diterima adalah berkualiti dan matang.

Tuan Yang Dipetua,

Dari bulan Jun sehingga Ogos 2011, sebanyak 7,510 tan buah sawit muda telah dirampas di premis kilang buah kelapa sawit. Berdasarkan kepada harga pasaran semasa, nilai pasarannya adalah sebanyak RM1,802,400.

Tuan Yang Dipetua,

Untuk makluman Yang Berhormat, peraturan bagi mencegah buah sawit muda diproses oleh kilang-kilang telah bermula sejak tahun 1997. Untuk tahun ini, kilang-kilang yang melanggar peraturan, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011, adalah sebanyak 23 Kompaun dan 21 Amaran telah dikeluarkan kepada 44 buah kilang kelapa sawit di seluruh Malaysia bagi kesalahan melanggar syarat lesen menerima atau membeli buah sawit muda.

Bagi memastikan buah-buah muda tidak diproses oleh kilang-kilang, pegawai-pegawai MPOB telah ditempatkan di kilang-kilang sawit bagi memantau kualiti buah sawit yang diterima oleh kilang. Sejak pelaksanaan penempatan pegawai-pegawai MPOB ini, pencapaian purata OER dari bulan Januari hingga Ogos 2011 bagi Semenanjung telah meningkat kepada 20.02% berbanding 19.82% bagi tempoh yang sama pada tahun 2010. Peningkatan OER di Sabah dan Sarawak dijangka akan menunjukkan hasil apabila pegawai-pegawai MPOB ditempatkan di kilang-kilang mulai bulan Ogos 2011.




No comments:

Post a Comment