2011-10-20

Kenyataan Media : Pelancaran Kempen Transformasi Institusi Parlimen

Pada 19hb Oktober 2011, satu kertas kerja yang dinamakan “Transformasi Institusi Parlimen Malaysia” telah diedar kepada Ahli-ahli Parlimen yang bukan anggota Kabinet. Setiap ahli yang menyokong kertas kerja ini boleh menandatangani petisyen ini. Klausa 19, Peraturan Mesyuarat akan dinyatakan di Dewan Rakyat.

Usul ini telah dipelopori pada bulan Jun 2011. Apabila saya mengetahui bahawa sidang Parlimen ke 12 mungkin dibubarkan pada bila-bila masa, saya merasakan kebertanggujawaban untuk menyatakan kekurangan dalam urusan perjalanan institusi Parlimen dan juga keadaan kemudahan sedia ada yang kurang lengkap, jadi kertas kerja ini boleh dijadikan sebagai rujukan Ahli-Ahli Parlimen akan datang.

Draf kertas kerja ini telah disiapkan sekitar akhir bulan Jun 2011 dan telah dihantar kepada YB Liew Chin Tong untuk penambahbaikan. Namun begitu, sesi kedua Mesyuarat Dewan Rakyat tamat sebelum kertas kerja ini disiapkan. Oleh itu, saya telah terlepas peluang untuk mempersembahkan kertas kerja ini.

Selepas perhimpunan BERSIH pada 9hb Julai 2011, Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Reformasi Pilihanraya telah dibentuk. Walaupun proses reformasi “terlalu perlahan, terlalu lambat” pada pemikiran saya, PSC ini merupakan satu permulaan dan dorongan. Dan saya merasakan kertas kerja ini boleh digunakan sebagai petunjuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Reformasi Parlimen, yang akan membantu institusi Parlimen Malaysia untuk menambahbaik sistem, untuk memenuhi hasrat agenda demokrasi.

Tiga faktor utama telah dicadangkan untuk menghuraikan kerangka asas Reformasi Institusi Parlimen adalah :
Kemudahan/Fasiliti Parlimen
Pengurusan Parlimen
PSC dan Kabinet Bayangan

Ini merupakan tiga kategori utama di dalam Kertas Kertas ini, iaitu Penambahbaikan kemudahan, refomasi Parlimen dan Prosedur sesi Parlimen dan juga penubuhan PSC. Tiga elemen ini adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, kertas kerja ini juga turut merangkumi perhatian dan kepentingan rakyat. Apabila Parlimen bersidang dengan lancar, suara Rakyat akan dapat dibawa ke Dewan secara efektif dan berkesan, dimana akhirnya penyertaan rakyat dapat dipertingkatkan.

Kempen petisyen ini akan dimulakan dan saya merancang untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 25 tandatangan Ahli Parlimen. Berkenaan hal ini, demi kepentingan masa depan wakil-wakil rakyat, saya amat berharap agar Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak boleh mempertimbangkan dengan menyokong petisyen ini.

Sekian,
Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
19.10.2011

Muat turun dari link dibawah:
Bahasa Malayu
Bahasa Inggelis
Bahasa Cina

No comments:

Post a Comment