2010-11-01

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tarikh : 01.11.2010
Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Pada malam 29hb Oktober 2010, sebuah bas yang membawa 44 orang pelajar dan 2 orang pemamdu telah hilang kawalan dan terbabas di Genting Sempah. Hal ini menyebabkan 7 orang penumpang mati dan 39 orang lagi mengalami kecederaan.

Saya telah mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat P.18 pada 14hb Oktober 2010 supaya membincangkan kemalangan melibatkan bas ekspress yang sering kali berlaku. Saya juga mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dan menyelidik perkara ini. Dalam usul tersebut, penjelasan telah diberi supaya penyiasatan dan penyelidikan yang dijalankan oleh kerajaan terhadap kemalangan bas ekspress yang berlaku ternyata gagal dalam menghalang tragedi ini daripada terus berlaku.

Malangnya, dalam masa kurang dari 2 minggu selepas usul saya ditolak, kemalangan yang melibatkan bas ekspress telah berlaku sekali lagi dan kali ini telah mengorbankan 7 orang pemuda. Penjelasan yang diberikan oleh kerajaan telah gagal untuk meredakan kegelisahan rakyat kerana kemalangan bas ekspress kerap berlaku. Maka saya bercadang kerajaan harus menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang neutral untuk menjalankan siasatan ke atas 2 kemalangan yang disebut diatas untuk mengutamakan dan menghayati keselamatan rakyat.

Memandangkan kesemua pihak serious dalam usaha menghindari keselamatan rakyat daripada ancaman sebegini maka saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan.

Sekian, terima kasih.

Ahli Parlimen Kawasan Bakri
Er Teck hwa

No comments:

Post a Comment