2010-11-26

DEIA tapak pelupusan sampah Pagoh belun dikemukakan oleh MPM

vesi bahasa cina disini

Pada 24 November 2010, saya telah mengemukakan soalan berkenaan dengan pegumuman oleh Menteri Besar Johor, Abdul Ghani dan Ahli Majlis Perbandaran Muar Encik Lee Poh Peng bahawa tapak pelupusan sampah Bukit Bakri akan ditutup secara berperingkat bermula dari penghujung tahun 2010 ketika pembahasan bajet Kementerian Alam Sekitar . Saya juga bertanya sama ada kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (DEIA) berkenaan dengan perpindahan kawasan pelupusan sampah ke tapak baru di Pagoh telah diselesaikan atau tidak.

Timbalan menteri di Kemeterian Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup telah menyatakan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih belum menyerahkan kajian tersebut kepada kementeriannya. Beliau juga menyatakan bahawa tidak menerima sebarang permohonan daripada KPKT untuk menjalankan penilaian keatas kajian DEIA tersebut. Beliau berkata kawasan pelupusan sampah Bahao akan terus beroperasi sekiranya laporan DEIA itu tidak diserahkan.

Pada 5 Julai 2010, saya pernah bertanya berkenaan dengan isu yang sama kepada timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin ketika dalam sesi perbahasan parlimen. Beliau telah menyatakan bahawa pihak berkenaan telah melantik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjalankan kajian DEIA tersebut. Beliau menjelaskan bahawa kajian tersebut telah bermula sejak bulai Julai lagi untuk memastikan tapak pelupusan sampah tersebut adalah menurut spesifikasi yang ditetapkan. Namum laporan tersebut masih gagal diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar walaupun setengah tahun telah berlalu. Saya amat kecewa dengan mutu perkhidmatan dan kualiti kerja yang ditunjukkan oleh kementerian tersebut.

Ketika bertemu di koridor parlimen, saya telah berbincang dengan Menteri Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkenaan dengan isu tersebut. Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Alam Sekitar tidak berhak untuk menilai projek yang dijalankan oleh KPKT. Penilaian hanya boleh dijalankan sekiranya pihak berkenaan menghantarkan laporan kepada kementeriannya. Namum, beliau telah menjanjikan bahawa kementeriannya akan mempercepatkan proses penilaian sebaik sahaja menerima laporan daripada Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hua
26.11.2010

No comments:

Post a Comment