2010-11-10

Pembahasan dalam Peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri)

Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menetri)

DR. 10.11.2010 MS118

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri, saya nak buat satu cadangan. Kalau kerajaan memberikan satu elaun khas supaya memperuntukkan satu atau dua orang penyelidik untuk setiap Ahli Parlimen. [Dewan riuh]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat tertarik dengan jawapan Menteri yang mengatakan tadi you are very proud to be a Member of Parliament. So, we are also proud, that’s for sure tetapi nampaknya Yang Berhormat Menteri tak berani untuk membuat keputusan sedangkan Yang Berhormat Menteri telah melawat ke banyak negeri termasuk Nairobi di Kenya. Di Kenya pun Ahli Parlimen mereka dapat RM40,000 sebulan, di Indonesia pun RM40,000. Takkan di sini kita masih RM12,000? Saya rasa semua rakyat pun faham kerja kita bukannya di sini sahaja, di kawasan, banyak mesyuarat menggunakan research dan sebagainya. Dia tak nampak kita semasa kita bersara kena jual goreng pisang, kena jual goreng apa pun. Jual cendol kah apakah. Saya harap Yang Berhormat Menteri berani kerana benar, jangan takut. Nampaknya Yang Berhormat Menteri takut pula sekarang. Nampaknya berani tetapi akhirnya takut. So, saya harap Yang Berhormat Menteri berani membuat satu cadangan. Saya harap, saya boleh jaminlah mendapatkan sokongan yang sebulatnya di sini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat, sepuluh minit Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Ya, sebab itu saya ingatlah Yang Berhormat Wangsa Maju ini dia tak boleh jadi pemimpin kerana dia ada tendency dictatorial. Saya bukan tak boleh buat keputusan sendiri tapi ini keputusan bersama. Jadi sebagai seorang yang mengamalkan demokrasi dan saya demokratik, saya mesti mendapat persetujuan daripada semua Ahli Parlimen. Barulah saya bawa suara Parlimen. Setuju tidak?

DR. 10.11.2010 MS154

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, soalan yang pendek sahaja dari Bakri. Saya hendak tahu...

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Yang Berhormat Bakri, Tuan Pengerusi, saya tidak ada masa Tuan Pengerusi. Saya akan terus jawab dan terus ke isu lain. Minta maaf Yang Berhormat Bakri. Nanti, kita beri peluang kemudian. Minta maaflah, duduklah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak, soalan ini penting sebab saya hendak tahu Yang Berhormat Menteri berkenaan - bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan dalam RMKe-10, berapakah peruntukan yang akan diberikan kepada daerah Muar dan Tangkak? Sila senaraikan butiran-butiran mengikut projek-projek yang akan dilaksanakan...[Dewan riuh] [Ketawa]

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Mana ada daerah Tangkak? Daerah Tangkak tidak ada.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Perbelanjaan yang akan diperuntukkan dalam setiap projek, tujuan projek tersebut dan...

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Pengerusi. Okey...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Mana ada daerah Tangkak, Daerah Ledang.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Jangka masa permohonan disiapkan projek tersebut. Saya juga ingin tahu apakah rancangan UPE dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi di kawasan Bakri dan bandar Muar, memandangkan keadaan trafik yang semakin serius di bandar Muar terutama pada musim raya. Okey, terima kasih.

No comments:

Post a Comment