Utusan - 03.11.2010
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Dewan Rakyat hari ini akan membahaskan usul kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas di KM 38, Genting Sempah pada Jumaat lepas yang menyebabkan tujuh nyawa terkorban dan 39 lagi cedera termasuk 17 parah.
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee menerima usul yang dikemukakan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) itu kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Usul itu akan dibahaskan selama sejam bermula pukul 4.30 petang ini dan pihak pencadang diberi masa selama 30 minit untuk membahaskannya, dan 30 minit lagi untuk pihak kerajaan menjawab,” katanya di sini. - Bernama
No comments:
Post a Comment