2010-11-27

Kenyataan:Tapak Pembinaan Mercu Tanda Tarian Singa Di Muar

vesi bahasa cina boleh baca disini

Pada 25 November 2010, saya telah menerima jawapan lisan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkenaan dengan lokasi pembinaan mercu tanda tarian singa di perkampungan Persatuan Kun Seng Keng. Kementerian telah mengiktiraf sumbagan yang telah diberikan oleh kumpulan tarian singa tersebut dalam usaha memperkembangkan kebudayaan tempatan. Sumbangan dan usaha yang ditunjukkan oleh kumpulan tersebut harus dipuji kerana tarian singa merupakan kebudayaan Malaysia yang penting.

Namum, kementerian telah mencadangkan supaya mercu tanda tersebut dibina di kawasan sekitar bangunan kumpulan tarian singa tersebut. Kemeterian juga menjelaskan bahawa pembinaan mercu tanda tersebut akan mempromosikan kebudayaan pelbagai kaum yang unik di negara ini dan ia akan dijadikan sebagai satu pengiktirafan oleh kerajaan terhadap sumbangan yang diberikan oleh masyarakat orang cina dan kumpulan tarian singa tersebut.

Sila rujuk jawapan lisan disini.

Saya telah bertemu dengan Majlis Perbadaran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setiausaha majlis perbandaran, Jamaludin bin Haji A. Hamid telah menyatakan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada timbalan menteri sehari sebelum jawapan lisan tersebut iaitu berkenaan dengan lokasi mercu tanda tarian singa tersebut. Beliau telah menyatakan bahawa kementerian enggan untuk membina mercu tanda tersebut di kawasan orang ramai kerana ia bakal menjadi satu isu sensitif. Jamaludin juga memberitahu bahawa majlis perbandaran masih mencari lokasi yang sesuai untuk pembinaan sebuah muzium, lokasi dalam pertimbangan adalah di balai polis bukit kepong atau di pusat bandar Muar, maka kemungkinan mercu tanda tersebut akan dibina di kawasan muzium tersebut.

Saya amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh kementerian terhadap kumpulan tarian singa Persatuan Kun Seng Keng namum jawapan yang diberikan adalah mengelirukan.

Pertama, mengapa pihak kementerian enggan untuk membina mercu tanda tersebut di kawasan orang ramai walaupun kementerian telah mengiktiraf bahawa tarian singa merupakan salah satu kebudayaan penting di negara ini dan budaya ini harus diperkembangkan. Kementerian harus faham bahawa bangunan kumpulan tarian singa tersebut terletak di Jalan Jabbar iaitu perjalanan 10km dari bandar Muar. Selain itu, lokasi tersebut bukan terletak di tepi jalan.

Selain itu, walaupun muzium dan tarian singga telah menonjolkan kebudayaan negara namum fungsinya adalah berlainan. Muzium merupakan bangunan yang menyimpan dan mempamerkan artifak bersejarah manakala tarian singa yang merupakan suatu kebudayaan yang harus diperkembangkan dan diperkenalkan kepada orang ramai, maka mercu tanda tersebut harus dibina di kawasan orang ramai untuk dihayati. Tindakan kementerian yang menclasifikasikan pembinaan mercu tanda sebagai satu isu sensitif berlandaskan fakta dari mana? Mengapakah tarian singga yang merupakan salah satu kebudayaan negara boleh dikaitkan dengan isu sensitif? Harap kementerian menjawab persoalan ini.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
27.11.2010

No comments:

Post a Comment