2010-11-14

Kenyataan: Kemalanganan Bas, Kerajaan Tidak Harus Lari Daripada Tanggungjawabnya

Saya telah menjelaskan dalam usul saya yang dikemukakan kepada Parlimen pada 3 November 2010 bahawa penubuhan sebuah suruhanjaya diraja yang bebas merupakan satu langkah yang wajib diambil. Hal ini penting kerana punca kemalangan hanya boleh dikenalpasti sekiranya ia disiasat oleh sebuah badan yang berwibawa dan bebas supaya langkah penyelesaian akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

Malangnya, pada hari perdebatan usul, Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Seri Kong Cho Ha berpendapat suruhanjaya diraja tidak perlu ditubuhkan kerana peratusan kemalangan yang melibatkan bas hanya mencatatkan kurang daripada 1% daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku di Malaysia. Beliau memberitahu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan saman yang bernilai RM182juta pada tahun 2009 dan RM272juta pada tahun 2010. Beliau juga berkata, LPKP adalah tegas dalam pengawalan pendaftaran kereta komersial yang baru. Kajian yang dijalankan oleh MIROS telah menunjukkan penurunan dalam kadar kemalangan di Malaysia, maka disebabkan itu, beliau berkeras bahawa suruhanjaya diraja tidak perlu ditubuhkan untuk mengkaji punca kemalangan jalan raya berlaku.

Malangnya, satu hari selepas perdebatan di Parlimen iaitu pada 4 November 2010, satu lagi kes kemalangan bas telah berlaku apabila dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan. Bas tersebut terbabas ke dalam sungai dan mengakibatkan kematian seorang lelaki dan 2 orang penumpang perempuan cedera parah.

Pada 9 November 2010, Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya kesemua permit bas yang dipunyai oleh syarikat bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands dan Simpang Empat digantung. Syarikat tersebut adalah Syarikat KL - Malacca Express dan Syarikat Bas Ekspress Taipan Suria MM2H.

Namun menurut laporan berita pada 10 November 2010, walaupun lesen perjalanan pergi balik antara Kuala Lumpur dan Melaka yang dimiliki oleh Syarikat Delima Express (dimiliki oleh Syarikat KL - Malacca Express) telah digantung, namum kaunter jualan tiket mereka masih beroperasi di Stesen Bas Melaka Sentral. Menurut pekerjanya di kaunter tiket, walaupun lesen 11 buah bas yang beroperasi di antara KL dan Melaka telah digantung, tetapi lesen perjalanan dari Johor Bahru ke Tangkak dan Kuala Lumpur tidak terjejas, maka ia tidak menganggu operasi syarikat tersebut.

Hal ini telah membuktikan bahawa kerajaan tidak mengambil langkah yang serious terhadap kemalangan yang berlaku ini.

Logik Datuk Seri Kong Cho Ha yang membandingkan kes kemalangan bas ekspress dengan kenderaan lain adalah tidak masuk akal. Kedua-dua kes tersebut tidak boleh dikaitkan kerana bas merupakan pengangkutan awam manakala kereta dan motosikal merupakan kenderaan yang dipandu oleh pemiliknya sendiri. Jika menurut logik Datuk Seri Kong, faktor keselamatan penerbangan tidak perlu diambil berat kerana kadar kemalangannya adalah jauh lebih rendah?

Perbezaan utama diantara pengangkutan awan dengan kereta komersial adalah bilangan penumpang untuk pengangkutan awam adalah lebih tinggi. Selain itu, pengangkutan awam bukan dikawal oleh penumpang sendiri tetapi orang lain, jadi penumpang tidak mempunyai pilihan tetapi hanya boleh bergantung kepada kerajaan, syarikat bas dan pemamdu bas tersebut.

Dalam usul saya menegaskan bahawa penubuhan sebuah suruhanjaya yang bebas adalah penting kerana laporan siasatan dilakukan oleh orang sendiri iaitu jabatan menyiasat jabatan mereka sendiri amat mencurigakan. Saya berpendapat punca masalah tidak akan dikesan sekiranya siasatan dijalankan oleh orang sendiri, maka jalan penyelesaian yang efektif tidak dapat diambil, bah kata orang tua "Suruh kambing jaga sireh".

Kegagalan kerajaan untuk mengantung operasi syarikat tersebut selepas kemalangan bas pada 10 Oktober amat mengecewakan. Kerajaan hanya sedar apabila kemalangan bas telah berlaku sekali lagi pada 29 Oktober. Kerajaan telah mengantungkan lesen syarikat tersebut 12 hari selepas kemalangan tersebut iaitu pada 10 November. Tetapi salah sebuah syarikat masih beroperasi walaupun lesennya telah digantung oleh kerajaan. Hal ini telah membuktikan sekali lagi kegagalan kerajaan dan sikap yang tidak mementingkan nyawa rakyat.

Kerajaan Persekutuan tidak harus menggunakan sikap pemamdu sebagai alasan kepada kadar kemalangan yang tinggi di Malaysia. Hal ini kerana kerajaan merupakan pihak yang melaksanakan undang-undang jalan raya. Untuk menyelesaikan masalah kemalangan tersebut, penubuhan sebuah suruhanjaya yang bebas yang terdiri daripada para profesional adalah penting. Langkah siasatan yang dijalankan oleh orang sendiri tidak akan membendung masalah ini.


Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
12.11.2010

No comments:

Post a Comment