2010-11-27

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

klik sini untuk vesi bahasa cina

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 25 NOVEMBER 2010 (KHAMIS)

SOALAN :
Minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perancangan untuk mendirikan mercu tanda tarian singa di bandar Muar demi mengenangkan jasa Kun Seng Keng yang telah menjulang Piala Dunia Tarian Singa di arena antarabangsa. Di manakah lokasi mercu pembinaan yang terlibat.

Tuan Yang DiPertua,

Kementerian ini amat menghargai usaha dan inisiatif Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng dalam memperkenalkan Tarian Singa yang berciri tempatan. Usaha ini harus dipuji memandangkan semangat gigih pasukan dalam mengangkat tarian warisan ini yang merupakan salah satu daripada tarian yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.

Kementerian ini mencadangkan adalah baik sekiranya mercu tanda tersebut dibina di sekitar perkampungan persatuan. pembinaan mercu tanda akan dapat memperkenalkan keunikan seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini dan usaha ini juga dilihat sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat cina khususnya Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng.

Kementerian ini bersedia memberikan kerjasama dalam usaha menjayakan pembinaan mercu tanda Tarian singa tersebut.

No comments:

Post a Comment