2010-11-29

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tarikh : 29.11.2010

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Pada 24hb Nov, 2010, seorang guru penyelia peperiksaan SPM di SMK di Port Dikson telah mengeluarkan kenyataan yang berdiskriminasi kaum, iaitu menyuruh murid-murid Cina balik ke Negara Cina dan murid-murid India balik ke India kerana mereka terlambat masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Sejak kebelakangan ini, kenyataan yang berdiskriminasi kaum ini sudah begitu menyakiti hati kita yang inginkan pepaduan dan keharmonian. Kenyataan yang berdiskriminasi kaum telah diberikan oleh seorang pegawai khas Perdana Menteri pada bulan Februari, seorang guru dari SMK Gajah Berang pada Bulan Julai, dua orang pengetua sekolah dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Bukit Selambau pada bulan Ogos, dan seorang guru pula dalam insiden tersebut diatas pada bulan ini.

Melihat kepada rantaian peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini mencerminkan ini bukan kes terpencil kerana hujah-hujah yang dikeluarkan oleh individu yang terlibat memiliki ciri-ciri kesamaan iaitu menyuruh kaum cina dan india balik ke negara masing-masing dan mengambarkan kaum cina dan india sebagai pelacuh dan pakai gelang anjing.

Suatu langkah yang drastic dan berkesan perlu diadakan demi mencegah isu tersebut berulang lagi. Maka Akta Perhubungan Kaum seharusnya dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan ini secepat yang mungkin. Saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan memandangkan ia merupakan sesuatu perkara tertentu, melibatkan kepentingan umum dan perlu disegerakan.

Sekian, terima kasih.

Ahli Parlimen Kawasan Bakri
Er Teck Hwa

No comments:

Post a Comment