2010-11-03

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 3 NOVEMBER 2010 (RABU)

SOALAN : Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan hasil perbincangan antara tiga pihak, iaitu Kementerian, Kerajaan Negeri Johor dan Melaka mengenai usul mengkhaskan Iokasi penangkapan ikan di antara kawasan perairan Pulau Besar hingga Semerah untuk nelayan pesisir pantai lesen Kelas A tempatan sahaja demi menyelesaikan masalah pencerobohan pukat tunda.

JAWAPAN : Oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,

Tuan Yang DiPertua,

Tiada perbincangan antara tiga pihak iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkhaskan lokasi penangkapan ikan di antara kawasan perairan Pulau Besar hingga Semerah untuk nelayan pesisir pantai lesen Kelas A. Kawasan Perairan Pulau Besar hingga Semerah sememangnya telah berada di kawasan zon A iaitu di bawah 5 batu nautika yang telah di khususkan pengoperasian kepada nelayan tradisi. Sebarang pencerobohan oleh vesel zon B, C, C2 di kawasan zon A merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perikanan
1985.

No comments:

Post a Comment