2010-07-09

Kenyataan Rasmi : Usul Mengenai Kenyataan P. Balasubramaniam mengungkitkan nama Datin Seri Rosman Mansor sebagai dalang di sebalik pelarian beliau

Saya telah menfailkan usul di bawah peraturan mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 07hb. Julai, 2010, berhubung kenyataan peguam, Americk Sidhu untuk membalas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru yang dibuat pada 30hb. Jun, bahawa penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam mendakwa kos sara hidupnya di London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jakishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor. Usul ini ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18(5) bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan. Alasan yang diberikan dari pejabat setiausaha Parlimen ialah usul yang dikemukankan oleh ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim lebih awal diterima daripada yang saya kemukakan.

Sungguhpun kes pembunuhan Altantuya Sharribuu telah selesai dibicarakan pada 09hb., April, 2009, yang mana dua suspek, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi sebaran media antarabangsa yang telah menjejaskan imej Negara masih membara. Arnaub Dubus, pemberita sebuah akhbar Perancis, La Liberation telah menulis satu asrtikel bersiri mengenai kes pembunuhan ini. Mengikut kenyataan bloger, Susan Loone pada 05hb. Mei,2009 bahawa TVB Hong Kong telah mengambil ilham atas kes pembunuhan ini, merancang akan menyiarkan satu cerita bersiri yang bernama “Ulaanbatoru, Paris, Kuala Lumpur”. Kemudian pada 04hb. Dec, 2010, SUARAM telah menfailkan petition di mahkamah tinggi Perancis, berhubung kes rasuah dan penyelewengen yang berlaku dalam urusniaga kapal selam Scorpene antara DCN, pembekal senjata Perancis dengan kerajaan Malaysia yang melibatkan RM 4.7 billion. Pendakwaraya Perancis telah mulakan siasatan pada Mac. 2010 dimana DCN disiasat berhubung dakwaan komisen dalam beberapa usrusniaga pembelian senjata yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis. Pada 22hb., June, 2010, Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya telah membuat kenyataan bahawa kerajaan Mongolia telah menajakan wang deposit sebanyak RM 70,000 yang dikehendaki oleh mahkamah supaya dapat menfailkan petition dakwaan ke atas Abdul Razak Baginda, penganalis politik Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

P. Balasubramaniam telah membuat 2 surat sumpah yang bercanggah isinya sebelum lari ke London atas alasan nyawa peribadi dan keluarganya telah diancam. Kedua-dua surat sumpah ini mengungkitkan hubungan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya, yang berperanan sebagai ahli penterjemah dalam urusniaga kapal selam. Dalam kenyataan P. Balasubramanim baru-baru ini, nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor diungkitkan sebagai dalang di sebalik pelarian beliau. Ini telah mengakibatkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan laman web dalaman dan luar negara menimbulkan berbagai syak wasangka dan anggapan negatif terhadap Datin Seri. Sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan berwibawa, sepatutnya membenarkan usul ini dibahaskan dalam dewan untuk memberikan penjelasan yang postif untuk mengikiskan tuduhan yang negatif demi menjaga maruah Negara, Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri.

Mengikut peraturan mesyuarat 18(1), sesuatu usul penangguhan hanya dibenarkan dibahaskan dalam dewan berpandukan kepada 3 syarat, iaitu;-

a) Perkara tertentu.
b) Berkehendak disegerakan, dan
c) Kepentingan orang ramai.

Usul ini memenuhi syarat-syarat di atas, iaitu syarat (a) perkara tertentu dimana kenyataan P. Balasubramaniam telah mengungkitkan nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor sebagai dalang di sebalik pelariann beliau. Syarat (b) berkehendak disegerakan dimana sungguhpun kes pembunuhan Altantuya telah selesai dibicarakan, tetapi susulannya isu-isu yang berkaitan masih membara di media antarabangsa seperti isu rancangan cerita bersiri TVB, isu komisen kapal selam Scorpene dan isu saman Setev Shaariibuu yang ditaja oleh kerajaan Mongolia akan mencacat-celakan hubungan diplomatik negara kita dengan negara Perancis dan Mongolia. Syarat (c) kepentingan orang ramai dimana setelah tersebarnya kenyataan P. Balasubramaniam yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Serin Rosman Mansor di laman web, sudah tentu kenyataan ini akan disabotajkan yang secara langsung akan menjejaskan imej negara kita. Perdana Menteri sebagai ketua negara telah berulang-kali diungkitkan sejak kes pembunuhan Altantuya sehingga kenyataan P. Balasubramaniam baru-baru ini perlu dibahaskan dan diperjelaskan dalam dewan untuk menjaga kepentingan umum dan maruah bangsa kita.

Ahli Parliament Bakri
Er Teck Hwa
2010-07-09

visi Bahasa Mandarin boleh dibaca disini

1 comment:

  1. YB, thanks for you effort to dig into this issue. Muar voters had made a right choice to choose you as their representative. I know main stream media do not want to report your work as I can see. But I notice that you had been trying very hard to perform and I know you are doing very well.

    Well done! keep it up!!!

    ReplyDelete