2010-07-08

Tapak Pelupusan Sampah Bakri Tidak Akan Ditutup Dalam Masa Terdekat

Gambar menunjukkan "Menutup Kawasan Pelupusan Sampah" lima orang pewakil dari Jawatankuasa bersama dengan Er Teck Hwa di Parlimen (kiri:To Hock Beng,Lim Ah Wan,Er Teck Hwa,Lim Boon Tai,Ter Sia Swee belakang:Koo Eng Soon)

Pada 5 Julai 2010, saya telah menujukan soalan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai isu tapak pelupusan sampah Bukit Pagoh dan kesannya terhadap kawasan tadahan air untuk Loji Penapis Air Panchor. Panchor terletak di hulu sungai Muar dan loji penapisan air tersebut merupakan punca bekalan air kepada penduduk di Bandar Muar dan juga sebahagian daripada Negeri Melaka. Oleh sebab itu, cara pengendalian tapak pelupusan sampah yang baru itu mungkin akan menjejaskan kualiti air minuman yang akan dibekalkan kepada penduduk di sekitar Muar dan Melaka.

Timbalan Menteri, Lajim Ukin memberitahu bahawa keluasan tapak pelupusan sampah tersebut adalah 149 hektar dan terletak di lot 354, dan sebahagian daripada lot 4081, lot 4083 dan lot 5482. Menurut beliau, Tapak Pelupusan Pagoh dilengkapi dengan kolam yang akan mengumpul cecair dan gas yang akan dilepaskan daripada tapak pelupusan itu dan kelengkapan yang akan digunakan ketika berlaku kecemasan.

Timbalan Menteri juga memberitahu bahawa kementeriannya telah menyuruh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjalankan kajian penilaian impak alam sekitar terperinci, DEIA sejak Julai 2010 lagi supaya memastikan tapak itu menepati piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Jawapan yang telah diberikan oleh timbalan menteri iaitu jarak di antara Loji Penapis Air Pagoh dan Tapak pelupusan sampah Pagoh adalah sejauh 20KM adalah mengelirukan. Hal ini kerana Tapak Pelupusan Sampah Pagoh adalah terletak berdekatan dengan hulu Sungai Pagoh, pengairan Sungai Pagoh akan bertemu dengan Sungai Muar dan air sungai tersebut akan dijadikan sebagai bekalan air mentah untuk Loji Penapisan Air Panchor. Jadi, kualiti bekalan air yang air minuman kepada beribu-ribu penduduk di Johor Utara dan Melaka akan terjejas sekiranya Tapak Pelupusan Sampah baru ini beroperasi.

Dalam sesi soalan tambahan, saya telah menujukan isu penutupan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Bakri kepada kementerian berkenaan. Soalan saya adalah berkenaan dengan kekeliruan yang tertimbul di antara kenyataan yang diberikan oleh Menteri Besar Johor pada 1 April 2010 dan jawapan yang diberikan dalam Parlimen pada 30 March 2010. Menteri Besar Johor telah menyatakan bahawa Tapak Pelupusan Sampah Pagoh akan ditutup secara berperingkat bermula bulan Jun dan akan berhenti beroperasi apabila menjelang Jun 2011, tetapi jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan March adalah bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Johor iaitu operasi tapak tersebut masih akan beroperasi dalam masa 2 tahun yang akan datang.

Timbalan menteri seolah-olah mengelak daripada menjawab soalan tersebut dan hanya memberitahu bahawa laporan DEIA itu masih belum diselesaikan maka tapak pelupusan sampah itu tidak boleh dihentikan.

Pada masa yang sama, saya telah menjemput AJK "Menutup Kawasan Pelupusan Sampah"supaya hadir ke sidang Parlimen untuk berbincang dengan timbalan menteri mengenai isu ini. Dalam perjumpaan itu, Lajim Ukin telah menyatakan bahawa operasi tapak pelupusan sampah itu tidak dapat dihentikan tetapi beliau berjanji untuk memperbaiki situasi di tapak itu dengan mempercepatkan proses penutupan sampah sarap itu dengan pasir. Pihak berkenaan telah melakukan operasi tersebut setiap minggu tetapi AJK "Menutup Kawasan Pelupusan Sampah" berpendapat ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah kerana bau busuk dari tapak itu telah menganggu kehidupan seharian mereka. Ketika perjumpaan tersebut, Lajim Ukin telah berjanji untuk mempercepatkan proses penutupan sampah sarap itu dengan pasir.

Saya juga menjemput Timbalan Menteri untuk meninjau tapak tersebut dan merasai penderitaan yang dihadapi oleh penduduk setempat. Namun, lawatan itu masih belum ditentukan tetapi saya berjanji saya akan mengikuti perkembangan terkini isu ini dari semasa ke semasa supaya pegawai Kerajaan Pusat memandang serious tentang masalah ini.

Walaupun saya menyambut baik reaksi yang diberikan oleh Timbalan Menteri iaitu Lajim Ukin namum ia masih tidak dapat menyelesaikan punca utama masalah yang dihadapi penduduk setempat iaitu masalah Tapak Pelupusan Sampah. Daripada jawapan yang memberikan menunjukkan Kerajaan Pusat tidak mengetahui keputusan Menteri Besar Johor yang akan menutup tapak tersebut secara berperingkat bermula bulan Jun. Menurut laporan, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan laporan DEIA sejak hujung tahun lepas lagi dan laporan terperinci akan brmula pada bulan Julai tahun ini, kebiasaannya laporan terperinci ini akan mengambil masa selama beberapa bulan untuk disiapkan. Jadi mengapa Menteri Besar Johor menyatakan tapak itu akan ditutup secara berperingkat bermula bulan Jun ini walaupun ia mustahil untuk dilakukan kerana laporan terperinci ini belum disiapkan?

Saya amat kecewa dengan koordinasi di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor. Sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, mereka harus mendapatkan penjelasan daripada kerajaan pusat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan umum. Walaupun kerajaan tempatan (PBT) dibawah kuasa Kerajaan Pusat dan hak penggunaan tanah pula ditangan kerajaan negeri, namum kedua-duanya adalah ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional, jadi koordinasi diantara kedua-dua pihak telah mengecewakan orang ramai terutamanya penduduk yang menderita akibat masalah tapak tersebut.

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
Er Teck Hwa menerangkan masalah pencemaran yang dihadapi oleh penduduk setempat akibat daripada tapak pelupusan sampah kepada timbalan menteri.(kiri:Koo Eng Soon,Er Teck Hwa,Lajim Ukin,Lim Ah Wan,To Hock Beng)

Er Teck Hwa telah menunjukkan keratan akhbar yang melaporkan kekerapan berlaku kebakaran di tapak itu dan sikap tidak tanggungjawab pengusaha tapak itu kepada timbalan menteri.
Perjumpaan AJK "Menutup Kawasan Pelupusan Sampah"dengan timbalan menteri berakhir.

No comments:

Post a Comment