2010-07-15

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

Pertanyaan Bertulis Daripada: Y.B. TUAN ER TECK HWA[ BAKRI ]

JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

PERTANYAAN BERTULIS

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta Menteri Pelajaran menyatakan usul-usul dan isi kandungan pertemuan dengan Dong Chong mengenai permasalahan SJK(C) sejak tahun 2000.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berhadapan dengan pelbagai tuntutan dan permintaan oleh pihak-pihak berkepentingan dan yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan negara. Namun, KPM berpendapat adalah perlu tuntutan bertujuan untuk membangunkan pendidikan negara ini diketengahkan untuk dikaji dan dinilai, dan jika bersesuaian akan dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, persatuan-persatuan yang memperjuangkan pelbagai perkara dan isu berkaitan pendidikan seperti kesatuan-kesatuan guru, termasuklah badan-badan bukan kerajaan seperti persatuan Dong Jiao Zong perlu didengar dan dikaji kesesuaiannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara tuntutan yang pernah diutarakan oleh persatuan Dong Jiao Zong khususnya mengenai pembangunan pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) adalah seperti berikut:

i. Kesesuaian pelaksanaan seksyen-seksyen di bawah Akta Pelajaran;
ii. Langkah mengatasi masalah kekurangan guru;
iii. Ambilan guru pelatih Cina ke IPTA melalui lulusan sijil Unified Examination Certificate (UEC);
iv. Memperjuangkan hak-hak yang boleh diberi keutamaan terhadap kebajikan guru, murid dan pembangunan SJKC; dan
v. Memastikan bahawa pendidikan di SJKC tidak diabaikan oleh Kerajaan.

No comments:

Post a Comment