2010-07-07

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 7 JULAI 2010 (RABU)

SOALAN

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ]
minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-

(a)sebab-sebab caj setem untuk surat biasa dinaikkan 100% iaitu dari 30 sen kepada 60 sen yang akan berkuatkuasa pada bulan Jutai ini; dan
(b)adakah Kementerian bercadang untuk memberikan lesen baru untuk menubuhkan POS Malaysia kedua supaya dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih efisien dengan caj yang lebih murah.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kadar tarif sedia ada yang telah diguna pakai sejak tahun 1992 adalah terlalu rendah dan akan menjejaskan Pos Malaysia apabila sistem Terminal Dues baru yang bermula pada tahun 2010 dilaksanakan secara berperingkat di seluruh dunia, la akan memberikan impak negatif yang besar kepada Malaysia dari segi pengendalian mel antarabangsa disebabkan imbangan pembayaran mata wang asing yang negatif melibatkan negara ini iaitu dalam memberi subsidi kepada pengendali pos negara luar.

Di bawah sistem Terminal Dues baru ini, Pos Malaysia akan menanggung kos operasi yang lebih tinggi bagi mel yang dihantar ke luar negara. Sebaliknya, Pos Malaysia akan menerima bayaran yang jauh lebih rendah berbanding pembayaran keluar akibat tarif mel domestik Malaysia yang rendah berbanding negara lain.

Penstrukturan semula tarif perkhidmatan pos secara keseluruhannya akan membantu Pos Malaysia menampung kos operasi dan pembangunan perkhidmatan pos yang semakin meningkat. Penstrukturan semula tarif ini juga dilihat wajar kerana ia tidak menjejaskan kepentingan orang ramai yang ingin mengutus surat asas. Ini adalah kerana rakyat masih boleh menggunakan aerogram domestik iaitu Mel Rakyat yang telah dilancarkan pada 22 April 2010.

No comments:

Post a Comment