2010-07-14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN SEMASA SESI PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG SEWA BELI (PINDAAN) 2010
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 14.07.2010 (RABU)

SOALAN
"...apa yang saya fahami ialah cakera optik Blu-ray yang dijual di kedai-kedai ini ialah cakera tulen import dari negara lain. Selain itu, cakera Blu-ray tidak dimasukkan dalam Akta Cakera Optik 2000 sebagai salah satu jenis cakera optik yang dijelaskan dalam Jadual 1. Di samping itu, Kementerian juga sering kali menggunakan Akta perihal Dagangan 1972 dengan alasan cakera tersebut tidak diletakkan dengan label tulen. Namun, cakera Blu-ray tidak boleh disalin dan alasan yang digunakan oleh Kementerian memang tidak munasabah. Sila jelaskan berdasarkan mana satu akta dan peruntukan kuasa kepada kementerian untuk merampas cakera Blu-ray di kedai-kedai cakera padat.
Sekian, terima kasih."

JAWAPAN
Akta Cakera Optik 2000 (Akta 606) diwujudkan untuk memberi peruntukkan bagi pelesenan dan pengawalseliaan aktiviti pengilangan cakera optik. Ini bermakna seseorang yang terlibat dalam pengilangan cakera optik iaitu jika ia mempunyai, mengarahkan, menguruskan atau selainnya mempunyai kawalan ke atas sesuatu perniagaan yang mengusahakan pengilangan cakera optik hendaklah terlebih dahulu mempunyai lesen yang sah.

Melalui seksyen 2 Akta ini "cakera optik" adalah diertikan sebagai:
(a) apa-apa bahan tara atau peranfi yang disenaraikan dalam Jadual 1; atau
(b) apa-apa bahan tara atau peranti lain yang padanya data boleh distor dalam bentuk digital dan dibaca dengan menggunakan laser, dan termasuklah apa-apa bahan tara atau peranti sedemikian yang dikilang bagi apa-apa maksud, sama ada atau tidak apa-apa data yang dapat dibaca dengan menggunakan laser atau apa-apa cara lain telah distor padanya;

Melalui tafsiran ini adalah jelas bahawa cakera optik Blu-Ray adalah bahan tara yang padanya data boleh di stor dalam bentuk digital dan dibaca dengan menggunakan laser dan termasuk dalam tafsiran cakera optik walaupun ianya tidak disenaraikan mengikut namanya di dalam Jadual 1.

Bagi melindungi harta intelek dan untuk membanteras pengedaran karya cetak rompak, Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 telah diwujudkan di mana melalui Perintah 4 Perintah tersebut menghendaki setiap cakera optik yang mempunyai kandungan, yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, hendaklah dilekatkan dengan label cakera optik dan ini termasuk cakera Blue-ray (BD) yang tersenarai di dalam jadual 1, perintah berkenaan.

Ini bermakna setiap cakera Blu-ray yang mempunyai kandungan, yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, hendaklah dilekatkan dengan label cakera optik. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan yang sama.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sejak tahun 2005, sebanyak 3,882 kes telah dihasilkan kerana kegagalan melekatkan label tulen atau label cakera optik yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM17,959,400.10

JUMLAH KES, RAMPASAN DAN NILAI RAMPASAN BERKAITAN LABEL TULEN/LABEL CAKERA OPTIK

TAHUNBILANGAN KESBILANGAN CAKERA OPTIK DIRAMPAS (UNIT)NILAI RAMPASAN (RM)
2005201135,1741,106,313.00
200615811,662,6235,025,828.00
20071010972,6534,693,981.00
2008479318,9892,949,488.80
2009174166,9051,317,863.50
2010437392,8152,865,925.8
JUMLAH3,8823,649,15917,959,400.1


Mana-mana orang sebagai tuan punya kandungan dalam cakera optik atau orang yang dibenarkan oleh tuan punya kandungan dalam cakera optik boleh memohon untuk membeli label cakera optik dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya.

Sejak pengenalan kepada penggunaan label tulen atau label cakera optik iaitu dari tahun 2003 sejumlah 248,759,222 label telah dikeluarkan yang melibatkan sebanyak 26,160 permohonan.

STATISTIK PENGELUARAN LABEL TULEN/LABEL CAKERA OPTIK


TAHUNBILANGAN PERMOHONANBILANGAN PERMOHONAN DILULUSKANJUMLAH LABEL YANG DIKELUARKAN
20033487336062,168,219
20043815394242,250,939
20053581322933,334,205
20063353302528,481,076
20073555320125,489,633
20083453309624,297,422
20092750272719,167,213
20102166208713,570,515
JUMLAH26,16024,667248,759,222

No comments:

Post a Comment