2010-07-13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN:BERTULIS
DARIPADA:Y.B. TUAN ER TECK HWA
KAWASAN:BAKRI
NO. SOALAN:335

Y.B. TUAN ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan senarai pusat pameran dan kos pengendalian tahunan serta jumlah pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke Malaysia di peringkat antarabangsa.

JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MATRADE mengendalikan satu pusat pameran antarabangsa di negara ini iaitu pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di Kuala Lumpur dan 3 ruang pameran di pejabat MATRADE luar negara iaitu di Hong Kong, Tokyo dan London.

MEEC dengan keluasan 2,514 meter persegi berupaya mempamerkan produk serta perkhidmatan dari 380 hingga 400 buah syarikat Malaysia pada satu-satu masa yang merangkumi lebih daripada 35 sektor termasuk produk berasaskan makanan, produk perkayuan, automotif, bioteknologi, getah dan produk berasaskan bahan kimia serta perkhidmatan seperti telekomunikasi, pendidikan dan francais.

Kos pengendalian tahunan MEEC ialah sebanyak RM85,115 pada tahun 2007, RM78,750 pada tahun 2008 dan RMl16,104 pada tahun 2009.

Bermula januari sehingga Mei 2010, MEEC telah berjaya mengaturkan sebanyak 559 pertemuan perdagangan untuk 110 orang pembeli asing yang menghasilkan potensi jualan sebanyak RM 32 juta. Bagi tempoh yang sarna juga, seramai 11,336 pelawat telah menghadiri pameran tersebut.

Antara produk-produk yang terdapat sambutan menggalakkan dalam pertemuan perdagangan yang diaturkan adalah seperti produk berasaskan kelapa sawit, perabut, elektrikal dan elektronik, makanan dan minuman, automotif, plastik dan produk-produk kesihatan. Pembeli-pembeli asing yang terlibat pula adalah dari negara-negara Asia Barat, Asia Timur, Afrika, ASEAN dan Amerika Syarikat.

Tuan Yang Di Pertua,
Selain mengendalikan pusat pameran MEEC, MATRADE juga mempunyai ruang pameran di tiga pejabat perdagangan di luar negara iaitu di Hong Kong dengan keluasan 120 meter persegi, Tokyo 100 meter persegi dan London 67 meter persegi. Pusat-pusat ini menawarkan ruang pameran bagi syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat baru atau dengan izin exsport ready cimpanies untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Dan pada masa ini tedapat sebanyak 75 buah syarikat Malaysia yang menggunakan ruang pameran tersebut.

Memandangkan ruang-ruang pameran tersebut merupakan sebahagian daripada pejabat MATRADE di luar negara, kos pengendalian ruang pameran tersebut tidak melibatkan sebarang kos tambahan.

No comments:

Post a Comment