2010-07-13

PARLIMEN MALAYSIA PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

SOALAN : Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan senarai penternak ayam yang jumlahnya lebih daripada 20,000 ekor berjaya mendapatkan subsidi Kerajaan.

JAWAPAN : Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Dipertua,
Penternak ayam daging dengan pengeluaran melebihi 20,000 ekor sepusingan di sesuatu ladang tidak diluluskan bantuan insentif pengeluaran kecuali kepada golongan penternak kecil-kecilan yang mengeluarkan bilangan ayam kurang daripada 20,000 ekor sepusingan.

Kerajaan belum berhasrat untuk memberikan bantuan insentif pengeluaran kepada golongan ini memandangkan Kerajaan telah menarik balik penetapan siling harga ayam.

No comments:

Post a Comment