2010-07-07

Usul mengenai maklumbalas P. Balasubramaniam menyebut nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang

Kes pembunuhan Altantuya telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

Tarikh : 07.07.2010
Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Americk Sidhu, peguam kepada P. Balasubramaniam telah mengeluarkan satu kenyataan di laman blog “Malaysia Today” pada 30hb. Jun, 2010, iaitu segala kos sara hidup pelanggannya, P. Balasubramaniam di London adalah dibayar oleh Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet atas suruhan isteri YAB Perdana Menteri, Rosman Mansor.

P. Balasubramaniam sebagai salah seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa telah melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel “Lets send the Altantuya murders to hell” turut lari ke sana juga. Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri.

Kes pembunuhan Altantuya telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya. Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita.

Jadi, nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang dalam kes pelarian P. Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan “Malaysia Today” ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara nanti. Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,


Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri

visi bahasa cina boleh dibaca disini

No comments:

Post a Comment