2011-03-31

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA PEMBAHASAN TITAH-DIRAJA 2011 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

Tarikh : 15 MAC 2011 (SELASA)

jawapan diterima : 31 MAC 2011 (KHAMIS)

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah bon pelaksanaan syarikat Ranhill Corporation Berhad dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, iaitu sehingga bulan September 2011 bagi tujuan membaiki kecacatan projek Jalan Pintas Muar, Johor.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberikan tempoh lanjutan masa bon pelaksanaan selama setahun lagi kepada syarikat Ranhill Corporation Berhad, iaitu sehingga 27 September 2011 bagi tujuan memperbaiki kecacatan mendapan di Jalan Pintas Muar, Johor. Lanjutan masa tersebut diberikan berikutan dari tahap kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak kontraktor yang berjanji untuk menyiapkan kerja dalam tempoh berkenaan. Di samping itu, Lanjutan tempoh bon ini diberikan setelah mengambil kira terdapat pertikaian tuntutan kontrak terhadap abortive design projek ini yang akhirnya telah ditolak oleh JKR pada akhir tahun 2010 yang lalu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 15 Mac 2011 yang lalu kemajuan keria-keria fizikal pembaikan di tapak adalah perlahan, iaitu mencatatkan kemajuan 60% sahaja. Oleh itu, beberapa surat amaran dan peringatan telah dikeluarkan JKR kepada kontraktor berkenaan untuk mempeftingkatkan lagi prestasi kemajuan kerja di tapak. Tindakan untuk merampas bon pelaksanaan projek akan diambil jika pihak kontraktor masih lagi gagal untuk mematuhi arahan dan jadual kerja pembaikan sebagaimana diarahkan JKR. Sehubungan itu, JKR iuga akan melantik pihak ketiga (third party) untuk meneruskan baki pelaksanaan projek ini jika kerja-kerja pembaikan tersebut masih gagal disiapkan selepas 27 September 2011 .

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment