2011-03-17

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 17.03.2011 (KHAMIS)

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan awam kontrak yang tidak diberikan perlindungan Perkeso dari tahun 2005-2010 dan nyatakan kenapa setengah kakitangan awarn kontrak dikecualikan daripada perlindungan Perkeso serta senaraikan jumlah kakitangan yang terlibat mengikut setiap Kementerian.

JAWAPAN:

YB. DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTER!

Tuan Yang Di-Pertua,

semua pegawai awam tidak dikehendaki mencarum kepada PERKESO. Begitu juga dengan pegawai lantikan kontrak (contract of service yang mana pelantikan mereka dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik bagi pegawai awam), dasar dan peraturan semasa (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 : Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap), tidak menetapkan syarat bahawa agensi kerajaan dan pegawai lantikan kontrak perlu mencarum kepada PERKESO. Sebaliknya pegawai dikehendaki mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 11%. Sebagai pegawai lantikan kontrak, pegawai diiktiraf statusnya sebagai pegawai awam, justeru melayakkan mereka menikmati faedah-faedah antaranya elaun, kemudahan cuti dan rawatan perubatan semasa dalam perkhidmatan seperti mana yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008. Selain itu, pegawai yang menamatkan tempoh perkhidmatan kontrak yang ditetapkan dengan memuaskan, layak dibayar ganjaran sebagai faedah tamat perkhidmatan di samping akan menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertakluk kepada Akta KWSP.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment