2011-03-15

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 15 MAC 2011 (SELASA)

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tahap pencapaian objektif Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk meningkatkan taraf hidup sosio-ekonomi penanam nanas di Batu 18, Jalan Ayer Hitam, Parit Yusof,Muar sehingga melepasi sekurang-kurangnya 2 kali ganda daripada piawai garis kemiskinan pada tahun 2010 serta nyatakan jumlah peruntukan yang diberi dan senaraikan bilangan penanam nanas yang telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan.

JAWAPAN :

Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat. Secara amnya, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia menganggarkan 50% iaitu seramai 49 daripada 98 orang pekebun di Batu 18, Jalan Ayer Hitam, Parit Yusuf, Muar yang menyertai skim penanaman nanas di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini telah memperolehi pendapatan melepasi 2 kali ganda (atau lebih RM1,400/bulan) daripada garis kemiskinan yang telah ditetapkan.

Peruntukan berjumlah RM247,200 telah disalurkan bagi skim Rancangan Tanam Baru Nanas bagi kawasan seluas 41.7 hektar, manakala peruntukan berjumlah RM53,900 disalurkan bagi Skim Rancangan Tanam Semula yang melibatkan kawasan penanaman nanas seluas 32.1 hektar.

No comments:

Post a Comment