2011-03-09

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 9 MAC 2011

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pampasan dan subsidi untuk anggota RELA yang melibatkan diri dalam membantu semasa banjir di Daerah Muar pada Februari 2011 memandangkan bahawa mereka perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli petrol untuk bot penyelamat dan tanpa apa-apa bantuan kewangan dan subsidi harian.

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bakri yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, jumlah anggota Rela yang terlibat membantu menyelamatkan mangsa banjir di Daerah Muar pada 3 Februari hingga 10 Februari 2011 sejumlah 134 orang anggota. Anggota Rela yang bertugas dibayar elaun sebanyak RM 32.00 sehari iaitu kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM 4.00 sejam. walaubagaimanapun terdapat juga 2 orang anggota Rela yang dikenal pasti melibatkan diri secara sendirian membantu menyelamat mangsa banjir dengan bot mereka sendiri. Mereka telah menuntut sebanyak RM 250.00 bagi kos perbelanjaan minyak petrol. Berdasarkan peraturan kewangan, pihak Rela tidak dapat membayar tuntutan tersebut. Walaubagaimanapun di atas faktor kebajikan, pihak Rela berusaha untuk membayar segera tuntutan anggota berkenaan dengan menggunakan sumber-sumber kewangan yang lain.

No comments:

Post a Comment