2011-03-16

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

Tarikh : 30 NOV 2010 (Selasa)

jawapan diterima : 16 MAC 2011 (Rabu)

SOALAN:

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah peruntukan dalam pembinaan mercu tanda tarian singa di bandar Muar dalam Bajet 2011, tempoh masa pembinaan, pihak yang terlibat dalam projek pembinaan dan lokasi pembinaan mercu tanda tarian singa tersebut.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini amat menghargai usaha dan inisiatif Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng dalam memperkenalkan Tarian Singa yang berciri tempatan. Usaha ini harus dipuji memandangkan semangat gigih pasukan dalam mengangkat tarian warisan ini yang merupakan salah satu daripada tarian yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.

Dalam sesi jawab lisan pada 25 November 2010, Kementerian ini telah mencadangkan adalah baik sekiranya mercu tanda tersebut dibina di sekitar kawasan perkampungan persatuan tersebut. lni adalah kerana pembinaan mercu tanda di kawasan tersebut akan dapat memperkenalkan keunikan seni dan budaya masyarakat setempat dan usaha ini juga dilihat sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Cina khususnya Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng itu sendiri.

Untuk makluman, buat masa ini program pembinaan mercu tanda tersebut tiada dalam perancangan Bajet 2011 Kementerian ini. Walau bagaimanapun, cadangan untuk pembinaan mercu tanda tersebut boleh dikemukakan kepada pihak PBT di Muar dan Kementerian ini bersedia memberikan khidmat nasihat bagi tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment