2011-03-16

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 16.03.2011 (RABU)

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERT PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan perancangan untuk memberikan lesen pemasangan kelengkapan pengisian gas sebagai bahan api gantian kepada petroleum di semua stesen minyak selain daripada petronas di seluruh negara yang bertujuan untuk memberikan pilihan tambahan kepada pengguna-pengguna kenderaan demi meringankan beban kos bahan api.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat untuk membekal dan mengedar bahan api gantian kepada stesen minyak selain daripada PETRONAS di seluruh negara, Walau bagaimanapun, berikutan kos bagi pembinaan stesen NGV adalah lebih tinggi berbanding kos pembinaan stesen minyak biasa serta kos tambahan bagi penyediaan infrastruktur berkaitan juga tinggi, syarikat-syarikat minyak lain kurang berminat untuk menjadikan NGV sebagai produk jualan di stesen mereka.

Untuk makluman ahli dewan, harga runcit NGV ditetapkan 68 sen seliter dan ianya jauh lebih rendah berbanding RM1.83 seliter. Perbezaan harga sebanyak RM1.18 sepenuhnya oleh PETRONAS, oleh Kerajaan pada harga pasaran iaitu seliter ditanggung oleh PETRONAS.

No comments:

Post a Comment